Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya.

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan



Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.

ARTIKEL MENARIK:Wanita Kongsi Kalau Nak Cucur Bilis Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Kena Campur Nasi


1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU


 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka 
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya 
  • 100gm sagu mata ikan 
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam 

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.

2. PENGAT LABU


 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm labu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.

3. PENGAT KELADI


 



Loading...


BAHAN-BAHAN:

  • 300gm keladi
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
  3. Masak sehingga kuah agak memekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.

4. PENGAT NANGKA


 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ulas nangka yang dihiris
  • 1 liter air
  • 100gm gula pasir atau mengikut selera
  • 200gm santan pekat
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
  2. Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.


Kredit -  RASA

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post