PETALING JAYA – Bersiaran secara langsung dalam program televisyen, banyak perkara yang tidak terjangka boleh terjadi dan kini giliran pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad pula menjadi buah mulut netizen.
Baru-baru ini, tular dalam media sosial untaian foto termasuk video dirinya sedang mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI). Apa yang menarik perhatian ramai apabila gurauan nakal netizen hangat bercakap tentang bentvk alat sul1tnya yang terj0j0l ketika rancangan tersebut bersiaran.
ARTIKEL MENARIK:Aku Bukan Meminta2 Duit Org,meng1k1s Duit Keluarga Org
Menjawab tentang isu tersebut kepada Kosmo! Online sebentar tadi, Fahrin, 41, tidak mahu menghiraukan isu yang sengaja dibangkitkan netizen. Baginya, biarlah orang terus bercakap kerana lambat-laun nanti, jika sudah penat, mereka akan berhenti daripada terus bercakap perkara sedemikian.
“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang k0rek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.
“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu,” kata pelakon filem Pilot Cafe itu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berpendapat bahawa media sosial boleh menjadi tempat yang penuh dengan orang t0ksik.
“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kec4man dan t0hmahan.
“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” ujarnya.
Terdahulu, sekeping foto tangkap layar tular apabila seorang pengguna sosial media berseloroh dengan bertanyakan ‘mana nak cari bantal rama-rama ni?’ sedangkan individu tersebut memberi maksud tersirat tentang bentuk alat sulit pengacara itu yang jelas kelihatan. – K! ONLINE
Sumber : http://trendinggiler.pw/ via Slamber Media
Post a Comment