Suami, isteri maut nahas dengan lori

Suami, isteri maut nahas dengan lori

TAMPIN – Sepasang suami isteri maut selepas terbabit dengan nahas dengan lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, malam tadi.

Suami, isteri maut nahas dengan lori



Dalam kejadian berkenaan, Mohamad Ismail, 70, dan Halijah Hamat, 62, beralamat di Felda Palong 3 disahkan maut di lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Isteri dan Anak Nazri Aziz Pula Positif C0VID-19, Kuarantin di Villa Tepi Pantai


Difahamkan pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari rumah saudaranya di Kampung Pondoi ke kediaman mereka di Felda Palong 3.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi pada pukul 8.52 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang dipercayai merupakan suami isteri masih tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori lima tan,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, tadi.



Loading...


Norfaizal berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya di bawa keluar kira-kira 20 minit.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat. -K! ONLINE

Kredit - Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post