Kluster baharu di NS libatkan pelajar ILP Pedas

Kluster baharu di NS libatkan pelajar ILP Pedas

SEREMBAN – Kluster terbaharu yang dikesan di negeri ini iaitu kluster Sungai Ibor dikenalpasti melibatkan pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas yang terletak di Persiaran Pinggiran Pedas, Kampung Sungai Ibor, Pedas.

Kluster baharu di NS libatkan pelajar ILP Pedas



Mengikut maklumat yang dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), kes indeks bagi kluster ini iaitu lelaki warganegara Malaysia berusia 20 tahun telah dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor.

ARTIKEL MENARIK:Suami, isteri maut nahas dengan lori


Menurutnya, sehingga kini sejumlah 138 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat 176 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 10,430 kes.

“Dari jumlah kumulatif tersebut, 9,173 kes telah sembuh dan discaj, 1,238 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 19 kes telah meninggal dunia.



Loading...


“Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baharu dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan terdapat 31 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Veerapan berkata, terdapat 1,369 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Menurutnya, dari statistik daerah, terdapat pertambahan sebanyak 93 kes di daerah Seremban; Port Dickson (55 kes); Rembau (15 kes); Jempol (12 kes) dan Jelebu (satu kes). -K! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post