MARAN: Taman Maran Jaya (TMJ) di sini antara kawasan paling teruk dilanda b4njir apabila hanya tinggal bahagian bumbung sebilangan besar rumah di situ tidak dinaiki air.
Difahamkan, kali terakhir kawasan perumahan berkenaan dilanda banjir bvruk adalah pada 2017, itu pun air hanya pada paras dada.
ARTIKEL MENARIK:Suami lemas, anak hilang dihanyutkan arus deras ketika redah banjir
Seorang penduduk TMJ, Maslinda Daud, 46, berkata, air mula naik di kawasan perumahan tersebut kira-kira pukul 3 pagi kelmarin.
“Pada pagi ini (semalam) memang saya dan keluarga sedang kemas barang untuk dipindahkan ke tempat lebih tinggi, namum belum habis mengemas kami diarah segera berpindah.
“Ini kerana kami dimaklumkan, air naik mendadak pagi ini dan rumah ditenggelami air kira-kira pukul 11 pagi. Nampak bumbung sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Maslinda berkata, kira-kira 99 peratus barangan di dalam rumahnya ditenggelami air banjir kerana dia dan keluarga langsung tidak sempat menyelamatkannya.
“Saya hanya sempat ambil beg tangan, segala dokumen seperti surat beranak, sijil-sijil semua habis ditengg3lami air.
“Memang kami tidak sangka kejadian banjir buruk seperti ini berlaku kerana kali terakhir pada 2017, b4njir hanya pada paras dada. Kali ini ia betul-betul teruk,” katanya. – UTUSAN ONLINE
via via Slamber Media
Post a Comment