Suami lemas, anak hilang dihanyutkan arus deras ketika redah banjir

Suami lemas, anak hilang dihanyutkan arus deras ketika redah banjir

loading...

KUANTAN – Banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala, seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 kilometer dari sini, malam tadi.

Suami lemas, anak hilang dihanyutkan arus deras ketika redah banjir



Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras ketika berjalan pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya, selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.

ARTIKEL MENARIK:Semak Online Status Permohonan iSinar KWSP
loading...


Dalam kejadian itu seorang daripada anak lelakinya, Ukai Iskandar, 23, yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di sini, turut hilang dan sehingga pagi ini masih belum ditemukan.




Loading...
loading...





“Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mazlan berkata, dua lagi anak mangsa yang berusia 15 dan 13 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Operasi mencari Ukai yang dimulakan sekitar 11 malam membabitkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk.

Mazlan juga menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Cempedak Cheese




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post