Rezeki jumpa semula motosikal hanyut

Rezeki jumpa semula motosikal hanyut

loading...

PETALING JAYA – Motosikal yang ditunggang dua lelaki hanyut ketika meredah banjir di sebatang jalan raya berdekatan sempadan Jengka 15 dan Jengka 16, Pahang pada Ahad lalu telah ditemui semula semalam.

Rezeki jumpa semula motosikal hanyut



Difahamkan motosikal jenis Honda Wave itu ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat ia dilaporkan hanyut sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK: Wassap terakhir arw4h Jihan yg mer3ntap perasaan,ada video
loading...


Ketika ditemui motosikal itu berada di dalam air dan diliputi sedikit lumpur.

Bagaimanapun, tiada kerosakan teruk pada bahagian luar motosikal itu meskipun telah dihanyutkan arus deras sejauh dua kilometer.

Kosmo! Online pada Ahad lalu melaporkan, dua lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang mereka hanyut dibawa arus ketika cuba meredah jalan yang ditenggelami air dalam kejadian di Pahang.

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, kelihatan dua lelaki cuba meredah jalan terbabit meskipun arusnya deras.

Bagaimanapun motosikal mereka terbalik sebelum dibawa arus deras.

Loading...
loading...


Kedua-duanya cuba menarik motosikal terbabit daripada dihanyutkan arus, namun mereka terpaksa melepaskannya kerana arus sangat deras.

Kelihatan salah seorang daripada mangsa juga nyaris terjatuh ketika mengharungi banjir tersebut. – K! ONLINE.

Via  Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post