Gaun Putih Dedah Bahu, Natasha Husdon Dikritik Netizen “Mereka Nak Cakap Apa Lantaklah”

Gaun Putih Dedah Bahu, Natasha Husdon Dikritik Netizen “Mereka Nak Cakap Apa Lantaklah”

loading...

Petang semalam heboh diperkatakan tentang pelakon Natasha Hudson selepas dia menggayakan gaun putih yang menampakkan seolah-olah sebahagian bahu kanannya.

Gaun Putih Dedah Bahu, Natasha Husdon Dikritik Netizen “Mereka Nak Cakap Apa Lantaklah”



Gaun yang direka oleh Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen.

ARTIKEL MENARIK:Bila Sharnaaz Ahmad tempelak golongan bercuti sakan memang Padu. Tak Kira siapa semua dia bagi
loading...


Gaun Putih Tidak Sesuai Dengan Imej Natasha Yang Bertudung

Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imej nya bertudung.

"Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.

"Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.

Tak Salahkan Sesiapa

"Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa, lantaklah," katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.

Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.

"Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.

"Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkkan bahu itu sebagai hal besar.

"Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi," katanya.



Loading...
loading...


Sempat ke Indonesia

Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.

"Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.

"Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni," luahnya yang bersyukur diberi peluang menjadi wajah wakilan produk suplemen kulit tersebut. Pada majlis pelancaran produk itu, Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.

Sumber Foto: Aqo Imran via Mingguan Wanita




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post