Mengaku Ubah Jantina, Sajat Dedah Video Digari Memang Betul, Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan

Mengaku Ubah Jantina, Sajat Dedah Video Digari Memang Betul, Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan

Usahawan sensasi, kosmetik Nur Sajat tampil menceritakan perkara sebenar mengenai isu viral yang melibatkan dirinya baru-baru ini.

Mengaku Ubah Jantina, Sajat Dedah Video Digari Memang Betul, Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan



Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menerusi satu video IGTV diakaun Instagram miliknya menceritakan situasi sebenar yang menyebabkan dirinya digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 6 Januari lalu sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

ARTIKEL MENARIK:Masih Positif C0vld, Bekas Isteri Fizo Omar, Mawar Karim Dedah Keadaan Terkini Dia Dan Anaknya


Sajat menerusi ruangan kapsyen mendakwa dia mendapat layan yang tidak wajar meski hadir bagi memberikan keterangan dan kerjasasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat terhadapnya pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

“Assalammuaikum, maafkan saya kalau saya berdiamkan diri seketika di IG

“Terlebih dahulu, video dalam ini saya menceritakan apa yang berlaku pada diri saya. Walaupun banyak cerita tak benar keluar dari media sosial, cerita bukan dari sumber yang sahih!

“Saya mengeluarkan video ini,menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021 pada hari Rabu. Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah alam,” tulisnya.

Sajat yang pernah menghasilkan single berjudul Makhluk Penggoda itu antara lain turut mendedahkan layanan yang didakwa telah diterima olehnya oleh pihak berkaitan hingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya .



Loading...

“Saya pendekkan cerita,saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh mahkamah syariah, saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa.

“Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri tidak di gari. Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga.

“Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya. Banyak wartawan dan pihak2 tertentu cuba menghubungi saya melalui call, message whatsapp untuk mendapatkan pernyataan daripada saya.

“Tetapi saya mendiamkan diri terlebih dahulu untuk menerangkan kejadian sebenar yang alami sendiri,” tulis Sajat panjang lebar.

Semalam, Sajat turut membuat beberapa luahan yang secara langsung memberikan pendedahan mengenai dirinya sambil menyatakan seolah-olah dirinya kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.




“Ini semua haram tau Sajat. Kau tu tak layak beragama Islam sebab kay tu id (kad pengenalan) lelaki walaupun kau tak ada nafsu pada wanita! Semua kata kau ini lelaki di dalam IC!

“Walaupun kau dah menjalani pembedahan penukaran jantina, ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita.

“Kebaikan dalam agama berpandukan pada pakaian! Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman adalah lelaki. Wakaf macam mana pun, hukumnya haram bila kau berpakaian wanita,” itu antara pendedahan yang dibuat Sajat menerusi Insta Stories.

Malah menerusi ruangan sama, Sajat turut berkongsi pandangan netizen.

kredit media hiburan via Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post