BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh di dalam parit, berdekatan Taman Manis 6, Parit Raja dekat sini, 5.17 petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Naqiuddin Adnan, 16, berjaya menyelamatkan adiknya yang terjatuh di dalam parit dan membawa adiknya ke tebing sebelum dia dihanyutkan arus.
ARTIKEL MENARIK:Solat Jumaat, fardu ditangguh, akad nikah secara sidang video: JAIS
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, ketika kejadian mangsa bersama lima orang lagi rakannya dipercayai sedang mandi di parit berkenaan.
Loading...
"Pihak bomba menggunakan teknik 'surface searching' dari lokasi mangsa lemas ke arah arus air yang bertentangan iaitu arah Gate Air dengan jarak lebih kurang 1 kilometer dan parit berkenaan mempunyai lebar hampir 10 meter dan kedalaman tiga meter," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kredit - bharian
Post a Comment