KP Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19 Atau Kelesuan Bertugas

KP Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19 Atau Kelesuan Bertugas

Sayu, di kala orang ramai memikirkan hidup masing-masing, petugas barisan hadapan terpaksa meletakkan kepentingan awam melebihi dirinya.

KP Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19 Atau Kelesuan Bertugas



Kini, salah seorang wira kita sudah pergi bertemu Ilahi. Doktor Ali Noor Hassan yang dilapor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu. Berita ini turut disahkan isterinya di laman Facebook pada hari yang sama.

ARTIKEL MENARIK:‘Gambar Terakhir Sempat Diambil Rakannya Sebelum..’ – Petugas Barisan Hadapan Meninggal Dunia


Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di…

Posted by Ali Noor Hassan on Monday, January 18, 2021

Berita duka itu turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan di Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook mereka.

Menurut SPJM, allahyarham Dr Ali telah menyertai badan itu sejak tahun 2018 dan merupakan salah seorang ahli yang aktif.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada hari Jumaat lepas.”

KEMATIAN AHLI SPJM PETUGAS FRONTLINER ðŸ˜¢⚰💀انا لله وانا اليه راجعونKami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali…

Posted by Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia on Tuesday, January 19, 2021

Susulan itu, orang ramai tidak kira kaum dan agama menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Salam takziah kepada seluruh keluarga



Loading...


Pengorbanan Dr akan diingat selama-lamanya


Dalam kenyataan terkini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dilaporkan menafikan berita tular yang mendakwa Allahyarham meninggal dunia akibat kepenatan.

Perkara itu dikongsikan oleh laman berita tempatan, Bernama di laman Twitter milik mereka.

#Tular KP Kesihatan @DGHisham nafi Dr Ali meninggal dunia akibat jangkitan #COVID19 atau kelesuan bertugas

*Foto SPJM pic.twitter.com/k1dVXH7Gz0

— BERNAMA (@bernamadotcom) January 20, 2021

Dr Noor Hisham Abdullah juga menitipkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau. Tambahnya lagi, Dr Ali pernah dimasukkan ke HKL sejak Dis 2020 disebabkan penyakit lain dan menjalani beberapa sesi rawatan.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau.

Beliau pernah dimasukkan ke HKL sejak Dis 2020 disebabkan penyakit lain & menjalani beberapa sessi rawatan.

Al-Fatihah. pic.twitter.com/36vU5ZKAUm

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 20, 2021

‎‎Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَSalam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, January 19, 2021

Marilah kita mendoakan agar amalan dan kepenatan Allahyarham diterima dan dibalas syurga di sana kelak.

Sumber: Alinoor HassanSkuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post