‘Gambar Terakhir Sempat Diambil Rakannya Sebelum..’ – Petugas Barisan Hadapan Meninggal Dunia

‘Gambar Terakhir Sempat Diambil Rakannya Sebelum..’ – Petugas Barisan Hadapan Meninggal Dunia

Dalam memerangi wabak pandemik Covid-19, petugas barisan hadapan adalah orang yang paling banyak berkorban dari segi tenaga dan masa. Mereka sanggup mengabaikan kesihatan sendiri demi tugas yang dipikul.

‘Gambar Terakhir Sempat Diambil Rakannya Sebelum..’ – Petugas Barisan Hadapan Meninggal Dunia



Seperti perkongsian Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, seorang doktor iaitu Dr Ali Noor Hassan dilaporkan meninggal dunia kelmarin.

ARTIKEL MENARIK:Motosikal Tidak Ditendang Polis, Penunggang Motosikal Buka Mulut Cerita Sebenar


Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya. Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.



Loading...


Menurutnya, SPJM sekali lagi kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada Jumaat lepas.

Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Berasa terkesan dengan pemergian Dr. Ali, SPJM berdoa semoga Allah SWT menerima amal kebajikan yang dilakukan arwah dan Allah SWT mengampuni segala dosanya yang lampau.

Kredit: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia via Oh! Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post