Kerana Daging Harimau Menangis, Ini Gelaran Terbaru Di Berikan Netizan Kepada Keluarga Neelofa

Kerana Daging Harimau Menangis, Ini Gelaran Terbaru Di Berikan Netizan Kepada Keluarga Neelofa

Pengasas Aunty Tini Kitchen dan ibu kepada Neelofa, Datin Kartini menerima kecaman hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa berang wargamaya.

Kerana Daging Harimau Menangis, Ini Gelaran Terbaru Di Berikan Netizan Kepada Keluarga Neelofa



Sehubungan dengan itu, ada segelintir wargamaya yang menggelarkan mereka sebagai Kardashians Kelantan.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Alami T3kanan Sampai Makan Ubat Tidur, Sajad Dilihat Pakai Baju Tidur Brjalan di Lorong GeIap


Keluarga Kardashians yang terdiri daripada adik beradik popular Kourtney, Khloe, Kim, Kylie dan Kendall serta ibu mereka Kris Jenner sememangnya cukup berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Oleh sebab itulah keluarga Kartini digelar sebagai Kardashians Kelantan kerana mempunyai perniagaan yang menguntungkan serta terkenal sebagai influencer.

Hasil tinjauan Gempak, nama Kardashians menjadi trending Twitter di samping perkataan Kelantan dan harimau menangis.

Malah, ada wargamaya yang turut mencipta sebuah poster tertera nama Kardashians Kelantan beserta wajah Kartini, Nabila, Neelofa, Athisha Khan dan Ameera Khan.


“Aku rasa the Kardashian Kelantan tu tak lah bodo, mengaji pon tinggi jugak. Apa yang depa buat mesti dah tahu effect akan kena negatif or positif. Saja nak memperbodohkan netizen, more drama came,” komen seorang wargamaya.

“If they’re the Kelantan Kardashians, then LMK is definitely the Kylie and their lil brother is Kendal,” usik seorang wargamaya.

“Noor kartini and family taknak trademark Kelantan Kardashians ke?” tanya seorang wargamaya.

“Ni dia aunty tini punya marketing ni!!! Tapi kenapa panggil Kardashians Kelantan. Aku takleh berhenti gelak,” komen seorang wargamaya.



Loading...


“Lah Kardashian Kelantan rupanya. So siapa yang akan jadi Caitlyn Kenner aka Bruce?” ujar seorang wargamaya.

“’Kardashian Kelantan’ lmfaooooo bawak bersabar lah Lofa. Tedahnya. Karenah pelik-pelik jak family ktk ya Lopa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter

Belum sempat pendaftaran diluluskan,  Ibu Neelofa batal permohonan

IBU kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu pada sidang media pada Khamis, Noor Kartini meminta maaf dan sedar akan kekhilafan yang terjadi dan berharap keputusan itu dapat meredakan keresahan masyarakat.

“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang sedang terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan meredakan keadaan.

“Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Noor Kartini sekali lagi menjelaskan tujuan asal dia ingin memohon trademark tersebut adalah untuk melindungi jenama perniagaannya daripada masalah produk tiruan.

“Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin

Noor Katini membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen-ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan dan sesungguhnya tiada niat saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datang daripada Allah SWT.

Dalam kenyataan sama, dia turut menjelaskan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi serta mendoakan kesejahteraan orang ramai dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya harap isu ini selesai, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini, stay safe, stay at home,” ujarnya.

Pada Selasa, tular foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’.

Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan netizen.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan harimau menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak.

Gara-gara itu, netizen di laman Twitter menegur tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut kerana nama ‘harimau menangis’ sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.

 

Sumber : http://trendingsangat.pw/daging-harimau-keluarga-neelofa/ via Slamber Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post