London: Pautan tangan dua beranak di United Kingdom 24 jam sebelum ibu berkenaan meninggal dunia sangat meruntun hati.
Dua beranak itu, Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico,76, dari Whitwick, Leicestershire berjuang di unit rawatan rapi sebuah hospital kerana kesukaran bernafas akibat Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:Singapura mulakan kempen vaksinasi koronavirus hari ini
Pada saat terakhir hayatnya, Maria menanggalkan topeng oksigennya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Anabel dan adiknya, Susana yang dibenarkan masuk wad menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE).
Anabel berkongsi gambar dia berpegangan tangan bersama ibunya ketika baring bersebelahan katil sebelum insan kesayangannya itu meninggal dunia 24 jam selepas itu.
Katanya, mereka sekeluarga dijangkiti wabak itu daripada anak lelakinya, Isaac, 12, yang dikesan menjadi kontak rapat daripada jangkitan di sekolahnya pada September lalu.
"Ibu cuba bercakap. Apa yang saya bayangkan cuma kematian bakal berlaku dan saya menangis, tetapi ibu sangat berani.
"Saya minta doktor mengambil gambar kami sebelum mereka mengambil ibu masuk ke wadnya.
"Keesokannya, doktor membawa saya ke sisi ibu sebelum dia meninggal dunia," katanya yang berkongsi pengalaman mereka di laman Facebook (FB), Humans of Covid-19.
Katanya, dia memuat naik perkongsian itu bagi memberi peringatan kepada orang lain supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga mereka.
"Jangan biarkan ini berlaku kepada kamu.
"Kami tidak menyangka Covid-19 memusnahkan keluarga kami sedangkan kami sangat berwaspada ketika ibu tinggal dengan kami.
"Jika ada antara kamu rasa hendak melanggar peraturan, saya gesa letakkanlah diri kamu di tempat saya dan bayangkan ia mungkin macam kamu melihat ibu kamu mati atau kamu tidak boleh hidup lagi," katanya seperti dipetik portal Daily Star.
hmetro
Post a Comment