Singapura mulakan kempen vaksinasi koronavirus hari ini

Singapura mulakan kempen vaksinasi koronavirus hari ini

loading...

SINGAPURA – Singapura memulakan kempen vaksinasi koronavirus hari ini dengan seorang jururawat menerima suntikan pertama sekali gus menjadikan pulau itu antara negara Asia pertama melakukan pelalian.

Singapura mulakan kempen vaksinasi koronavirus hari ini



Singapura sebelum ini menjadi negara Asia pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech awal bulan ini, manakala kempen vaksinasi dilancarkan dengan pekerja kesihatan menjadi kelompok pertama menerima imunisasi.

ARTIKEL MENARIK:Muatnaik Status ‘Diri Diplnang MaIaikat Mauut’ , Gadls 14 Thun MnlnggaI Dunla Dirg0I & Dibnuh
loading...


Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan, jururawat berumur 46 tahun, Sarah Lim yang tugasnya termasuk menyaring pesakit yang disyaki menghidap Covid-19, menjadi orang pertama menerima vaksin tersebut.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana menjadi orang pertama mendapat suntikan vaksin Covid-19,” katanya kepada akhbar Straits Times.

Lebih 30 kakitangan pusat penyakit berjangkit nasional tersebut turut menerima dos pertama vaksin itu hari ini manakala dos kedua akan diberikan bulan depan.



Loading...
loading...


Selepas pekerja kesihatan,  pemerintah Singapura akan memberikan suntikan vaksin kepada golongan warga emas diikuti penduduk lain di pulau itu.

Pemerintah menjangkakan ia memiliki vaksin mencukupi untuk memberi pelalian kepada semua 5.7 juta rakyat negara itu menjelang suku ketiga 2021. Vaksin itu diberi percuma kepada warga Singapura dan penduduk yang sudah lama menetap di pulau itu. – AFP


Kredit -  Kosmo Digital



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post