Semalam, instafemes dan juga usahawan muda Hafiz Mahamad berkongsi khabar duka yakni dia telah disahkan positif Covid-19.
Berita tersebut dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya.
ARTIKEL MENARIK:Mengaku Ubah Jantina, Sajat Dedah Video Digari Memang Betul, Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan
Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19
PKP ni ingat nak spend time dgn family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya
Nah, bangun je pagi bila terima result & terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya Quarantine
Jelas Hafiz lagi, dia kerap kali membuat test namun keputusan yang diperoleh semuanya negatif. Namun siapa sangka, hari pertama PKP dilaksanakan, dia menerima khabar sedih apabila sah positif Covid-19.
Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulilah result masih negative
Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative
Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik & bertenang.
Dalam pada itu, dia meminta doa semua supaya dipermudahkan segalanya. Dalam masa yang sama, dia turut meninggalkan pesanan supaya semua orang berada di rumah bersama keluarga.
Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri & insyaAllah sama sama kita repair perkara ni
Siapa yg masih sihat & negative. Jaga diri baik baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah.
Doakan saya & keluarga baik baik tau
Rata-rata selebriti dan warganet menitipkan doa semoga Hafiz dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.
We all in this together
Sumber: hafizmahamad via KELUARGA
Post a Comment