Dulu saya wakafkan van utk org kampung, dengan van ini juga sy dapat bawa jnazah sahabat baik sy sendiri – Hafiz

Dulu saya wakafkan van utk org kampung, dengan van ini juga sy dapat bawa jnazah sahabat baik sy sendiri – Hafiz

loading...

Seorang usahawan dikenali ramai Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah meninggI dnia, pagi semalam.

Dulu saya wakafkan van utk org kampung, dengan van ini juga sy dapat bawa jnazah sahabat baik sy sendiri – Hafiz



Hafiz yang juga seorang instafamous berkata, dia telah bergegas pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi.

ARTIKEL MENARIK:peh4 kinah berparvt ke l0ve blte? warganet tertanya2
loading...


” Sahabat saya Loh baru saja meninggI dnia pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan.

” Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories.

Hafiz turut menulis entri yang menyentuh perasaan ramai. Siapa sangka Allah membuka hatinya sebelum ini untuk mewakafkan sebuah van jnzah kepada sebuah masjid, kini van itu juga Hafiz pandu untuk membawa jnzah sahabat baiknya itu.

” Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada.

” Ya Allah, sebak dan terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight dan fly ke Kelantan. Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jnzah.

” Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu dan cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik jnzah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni.

” Sahabat yg membesar dan selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan dan saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu.

” Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.

Guna van jnzah yang diwakafkan untuk bawa Loh

” Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jnzah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jnzah sahabat saya loh

” Sampai di Masjid, saya imamkan solat jnzah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat

” Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lg sebak tu

” Saya ke kub0r, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat

” Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?

” Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat.

” Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana



Loading...
loading...

” Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan dan sahabat sahabat kita yg lain loh

” Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”. Jumpa mu nanti disana nanti,” akhiri Hafizi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Berkawan sejak kecil, berjanji untuk saling membantu

Sebelum ini, kisah Hafiz pernah menarik perhatian ramai apabila sanggup merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan arwh sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu.

Melihat keadaan sebegitu, Hafiz akui mahu menitiskan air mata namun dia kuatkan diri dan terus siapkan sahabatnya itu untuk dibawa ke hspital.

Katanya, mereka sudah berkawan baik sejak kecil dan masing-masing pernah berjanji untuk saling membantu jika ada antara mereka yang memerlukan pertolongan.

” Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi.

” Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap,” tulis Hafiz Mahamad sebelum ini di mana kisah mereka menjadi tular.

 

Sumber: asia kini via Trending Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post