Isu membabitkan perkahwinan seorang wanita IsIam Malaysia dengan pemain hoki India, yang dikatakan mengikut upacara Sikh mencetus perdeb4tan ramai.
Tampil mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad meminta semua pihak agar bersabar dan tidak membuat dkwaan melulu terhadap wanita terbabit.
ARTIKEL MENARIK:“Ditduh murt4d” ini kronologi sebenar perkahwinan Illi Najwa bersama Manpreet Singh
Dr Zulkifli berkata semua pihak sebaiknya menunggu penjelasan pihak bert4nggungjawab, iaitu pihak berkuasa agama negeri.
” Tindakan memp0Iitikkan isu-isu sens1tiviti agama seperti ini adalah perbuatan yang tidak matang, malah tidak menguntungkan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia mengulas video tular majlis perkahwinan yang didakwa dilakukan mengikut upacara agama Sikh berlangsung di India, yang mencetuskan tanda tanya berhubung status agama wanita yang berasal dari Johor itu.
Sependapat dengan Sultan Johor
Dr Zulkifli juga sependapat dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar orang ramai tidak cepat membuat kesimpulan atas sesuatu sebaran berita yang tidak dapat disahihkan.
” Suka saya untuk menasihati diri saya dan semua umat IsIam di Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam menanggapi sebarang isu yang berlaku dengan berhemah.
” Seorang Muslim, perlu sedaya upaya memastikan Muslim yang lain kekal dalam agamanya, bukan berusaha mengeluarkannya dari agama IsIam,” katanya.
Kenyataan itu hadir selepas beberapa pihak menggesa Zulkifli mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu, termasuk Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin Shah yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Zulkilfli selaku menteri agama, berdiam dalam hal tersebut.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaari berkata pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama IsIam Johor (Jaij) berhubung status agama wanita itu dan akan memanggilnya apabila dia kembali ke Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Zulkifli turut menjelaskan proses penukaran agama individu yang ingin masuk IsIam, rekod pengisIaman individu berada di bawah seliaan pihak berkuasa negeri, selepas ucapan dua kalimah syahadah dan pendaftaran keisIaman dibuat.
” Saya dimaklumkan, hal ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri di Johor.
” Dalam hal status agama seseorang, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan seseorang yang berbangsa Melayu itu adalah beragama IsIam.
Jangan mudah hukvm orang lain murt#d
” Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukvm seseorang yang berbangsa Melayu itu murt#d hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya,” jelasnya.
Berkenaan soal perkahwinan pula, dia berkata berdasarkan Sksyen 10, Enakmen Undng-Undng Keluarga IsIam, perkahwinan antara pasangan beragama IsIam dengan bukan IsIam tidak dibenarkan di negara ini, selagi individu bukan IsIam itu tidak memeluk agama itu.
” Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan perkahwinan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Penc3raian dan Ruju’ di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara tersebut.
” Perkahwinan ini juga hendaklah didaftarkan selepas pasangan pulang ke Malaysia,” katanya.
Sumber: limauais via Trending Kin
Post a Comment