Tanah Perkuburan Penuh, Mayat Pesakit Covid-19 Kongsi Kubur

Tanah Perkuburan Penuh, Mayat Pesakit Covid-19 Kongsi Kubur

loading...

Jakarta – Pengurusan kawasan perkuburan Pondok Ranggon di Jakarta Timur terpaksa melaksanakan sistem pertindihan atau dikenali sebagai tumpang kubur bagi jenazah Muslim yang dijangkiti Covid-19 berikutan tanah perkuburan di situ sudah penuh.

Tanah Perkuburan Penuh, Mayat Pesakit Covid-19 Kongsi Kubur



Menerusi laporan Detik News, pihak pengurusan kawasan perkuburan itu yang dikenali sebagai Muhaemin berkata, ruang yang ada ketika ini hanya boleh memuatkan 100 mangsa untuk mereka yang beragama Kristian.

ARTIKEL MENARIK:Foto Doktor Peluk Pesakit Covid-19 Jadi Tular, Ini Kisah Sebenarnya
loading...


“Hingga kini, lokasi perkuburan untuk Muslim sudah penuh. Yang ada 100 kotak untuk beragama Kristian.

“Justeru, jenazah umat Islam perlu diuruskan pengebumian secara sistem pertindihan,” katanya.

Menurutnya, sistem pertindihan kubur yang dimaksudkan itu melibatkan kubur ahli keluarga atau individu yang dikenali, namun ia perlu mendapatkan persetujuan daripada ahli keluarga mangsa.

“Sebagai contoh, keluarga A ada kubur di kawasan ini, kemudiannya terdapat juga ahli keluarga mereka meninggal dunia akibat Covid-19. Maka jenazah itu boleh dikebumikan di kubur yang sama secara pertindihan.

“Begitu juga jika ada saudara mara, jiran yang meninggal dunia kerana Covid-19, boleh juga dikebumikan di kubur sama, namun perkara ini pastinya atas persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Menurutnya, konsep pengebumian secara bertindih dimulakan sejak awal November berikutan jumlah korban Covid-19 semakin meningkat setiap hari.



Loading...
loading...


“Mulai 8 November lalu, Pondok Ranggon melaksanakan sistem pertindihan di kubur keluarga, manakala bukan beragama Islam upacara pengebumian seperti biasa,” katanya.

Sejak Mac lalu, kawasan perkuburan itu dikhaskan untuk mangsa yang terkorban akibat Covid-19 dan pihak pengurusan menganggarkan jutaan dana diperuntukkan untuk menambah tanah perkuburan khas untuk mangsa Covid-19.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, sebanyak Rp254 juta (RM73,251) dana diperuntukkan untuk menyediakan tanah perkuburan tersebut.

Sumber : SH


Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post