Terdahulu aktres jelita dari Indonesia ini membuatkan ramai netizen terhibur dengan pendedahan-pendedahan mengenai peribadi dirinya yang kadang-kadang tak masuk akal di fikiran seperti tak tahu kena simpan sayur dalam fridge dan tak pandai potong buah.
Kali ini lagi sekali namanya viral kerana tabiat ‘peliknya’ ketika membeli belah.
ARTIKEL MENARIK:Bergenang air mata Dai Syed gara-gara tak sempat bayar ikat jamin, ini tindakan sahabat yang hadir perbicaraan
Nia tak pernah masuk ‘fitting room’
Menjadi artis dengan bayaran tinggi dan isteri kepada ahli perniagaan yang kaya raya membuatkan Nia Ramadhani bebas berbelanja tanpa perlu melihat harga. Dia boleh berbelanja apa saja jika memahukannya.
Menurut Kapan Lagi, selain tak melihat harga, Nia juga dikatakan tak pernah masuk fitting room apatah lagi untuk mencuba. Dia hanya pilih berdasarkan saiz sahaja. Kalau tak muat pula terus diberi kepada orang lain.
Takut nak bayar sendiri di cashier, rupanya takut tengok ‘total spending’ sendiri
Bukan itu sahaja, Nia juga dikatakan takut bayar sendiri di cashier kerana takut melihat jumlah perbelanjaannya. Hal ini didedahkan sendiri oleh Prita, PA Nia.
Menurut Nia, membayar di kaunter adalah perkara yang menakutkan kerana dia boleh merasa menyesal selepas membuat pembayaran. Oleh sebab itu dia lebih suka menyuruh pekerjanya yang dipanggil Pak Sri untuk bayar di kaunter.
Lawaklah. Assistant bocorkan rahsia Bawang Merah x pernah masuk fitting room lol pic.twitter.com/gUxo7oxTOK
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) December 10, 2020
Terdahulu.. Nia Ramadhani dedah hidup susah masa kecil, pergi sekolah naik van tambang
Sebut saja nama Nia Ramadhani pasti korang teringat akan lakonannya dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Seperti yang ramai tahu, kehidupan Nia dan keluarganya di Indonesia itu sangat mewah dan boleh dikatakan bergelumang dengan harta serta kekayaan.
Selain dikenali sebagai aktres yang cantik, Nia juga terkenal dengan fakta menarik mengenai dirinya yang menjadi bahan ketawa ramai netizen. Pun begitu, baru-baru ini Nia mendedahkan yang dia mempunyai zaman kecil yang susah.
Menurut Kapan Lagi, Nia memberitahu yang dia terpaksa menaiki ‘angkot’ atau van tambang berkali-kali untuk pergi ke sekolah. Kisah tersebut didedahkan Nia dalam program Nyonya Boss yang ditayangkan pada 15 November lepas.
“Ibu saya sudah malas hantar (ke sekolah), akhirnya naik van tambang. Kamu tahu tak perjalanan dari rumah saya untuk pergi menimba ilmu itu sangat susah?
“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk naik van sampai ke Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih ke Stadion Lebak Bulus. Di situ ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” ceritanya.
Nia juga sempat berpesan, dia berharap mereka yang mengalami hal yang sama sepertinya dulu itu terus bersabar kerana menurutnya ‘roda pasti akan berputar’.
“Buat kalian teman-teman yang sekarang merasai apa yang pernah saya rasa, tenang dan santai saja. Kita takkan selalu di situ.
“Ya bergantung, kita mungkin akan di situ saja kalau kamu tidak berbuat apa-apa. Tapi maksudnya di sini, kita terus jalani kehidupan. Yang penting kamu tahu apa yang kamu mahu dan kamu terus berusaha,” katanya lagi.
Hmm dengar tu nasihat Nia. Jangan pernah berhenti berusaha untuk mengecapi kejayaan.
Sumber: lobak merah
Kredit -
Post a Comment