Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sekeping foto isterinya, aktres Zahirah MacWilson yang sedang sarat hamil.
Menerusi laman sosial Instagram, Aiman memuat naik sekeping foto Zahirah sedang berdiri menikmti cahaya matahari di tepi pantai.
ARTIKEL MENARIK:Tak tahu simpan sayur dan tak reti potong buah, terbaru Nia Ramadhani takut nak bayar sendiri di ‘cashier’ pula. Rupanya sebab..
“Dalam masa satu saat, matahari kita mampu menghasilkan tenaga yang cukup untuk keperluan seluruh isi alam untuk 500,000 tahun, tetapi tidak terbanding dengan tenaga kegembiraan untuk setiap saat yang tinggal sebelum kami melihat awak,” tulis Aiman sebagai kapsyen
Menerusi foto tersebut, Zahirah mengenakan singlet, seluar pendek lengkap bertopi dan berkasut sukan seperti sedang beriadah. Namun, sosok tubuhnya yang sedang sarat itu membuatkan ramai warganet prihatin dan memberikan nasihat pada aurat yang terdedah kepada tatapan umum itu.
“Sebenarnya tak bagus bila awak sebagai suami berkongsi foto isteri macam ni,” tegur seorang wargamaya. “Rasa tak payah la duk tayang aurat isteri,” kata seorang wargamaya. “Beranak tu umpama bertrng nywa. Banyakkan la beristigfar. Jangan la tayang aurat bini,” komen seorang wargamaya lagi.
“Aiman, privasikan gambar tu,” pesan seorang wargamaya lagi. Ramai juga wargamaya yang mengambil kesempatan tinggalkan komen yang positif agar proses bersalin Zahirah kelak dipermudahkan. Malah, ada yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah comel anak sulung pasangan bahagia ini yang masih dirahsiakan jantinanya.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada warga Instagram. Hujung Oktober lalu, Aiman dan Zahirah terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana. Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak via DiariDunia
Aiman Hakim Ridza Dan Zahirah Macwilson Sambut Baby Shower. Ramai Warganet Meneka Buat Satu Tekaan Ini.
sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen. Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Ayah Zahirah Macwilson Kecewa Ada Pihak Pembabitan Dia Dan Bukannya Pengarah. Ayah Zahirah Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku
“Saya diminta buat rakaman lakonan berdasarkan skrip ringkas yang dihantar dan ia dibuat di rumah dengan bantuan isteri.“Dengan menggunakan telefon bimbit, saya cuba sehabis baik sebab memang berkeinginan bekerja dengan Yusry Abdul Halim. Saya berasa hampa sebab pihak terbabit menolak saya, tapi bukannya pengarah,” kata pelakon Zainol Macwilson yang meluahkan kekecewaannya apabila namanya ditolak daripada sebuah projek drama bersiri.
Zainol, 62, atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson berkata, dia gembira apabila ditawarkan berlakon di bawah arahan Yusry Abdul Halim untuk drama bersiri 10 episod yang akan disiarkan menerusi sebuah saluran penstriman tempatan.“Ikut perancangan awal, saya hanya terbabit untuk lapan episod. Bagi saya itu sudah memadai kerana memang nak sangat bekerja di bawah arahan Yusry. Penggambaran dijadual bermula pada 7 November hingga 28 Disember.\
“Selepas itu saya dihubungi oleh wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Katanya, klien yang nak untuk saluran itu. Terkejut dibuatnya kerana saya bukan baru dalam lakonan. Kenapa perlu jalani uji bakat? Tapi saya ikut juga kehendak mereka dan akhirnya nama ditolak,” katanya yang kini berada di Perlis.Zainol (kanan) ketika bertemu Yusry di satu lokasi penggambaran drama
Zainol yang juga bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson berkata, bukan mahu berlagak, namun menyifatkan ia sesuatu yang pelik.“Bukan saya tak pernah menjalani uji bakat dulu. Tapi ini untuk produksi antarabangsa (Hollywood) pada tahun 1980-an.“Jujur saya memang teringin nak kerja dengan Yusry kerana yakin dengan hasil karyanya. Rasanya dia yang cadangkan nama saya pada klien tapi mereka pula terlalu memilih. Kiranya seperti saya seolah-olah dipersendakan oleh pihak terbabit. Namun saya tak salahkan Yusry,” katanya.
Zainol yang sepatutnya melakonkan watak bapa kepada seorang pelakon wanita popular menganggap dirinya seperti diperlekehkan dan tidak layak untuk membintangi drama terbabit.
“Apabila nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber, secara tak langsung rasanya peranan itu kepunyaan saya.“Tambah lagi dalam situasi Covid-19 semua artis mengharapkan tawaran yang bukannya sentiasa ada. Kebetulan saya pula masih di Malaysia. Perniagaan pelancongan di Perth, Australia pun sudah terhenti disebabkan Covid-19. Jadi saya memang mengharapkan sangat apa-apa tawaran berlakon,” katanya.
Zainol bin Mohd Johari MacWilson atau lebih dikenali sebagai Zainol MacWilson adalah seorang bekas penyampai berita TV3 dan pelakon lelaki Malaysia.[1]Zainol pernah bertugas sebagai penyampai berita TV3 pada tahun 1990-an dan kemudiannya berhijrah ke luar negara beberapa tahun sebelum kembali semula ke Malaysia untuk terlibat dalam dunia seni
Dalam perkembangan lain, Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu.Mengakui teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung, Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram (kg).“32 minggu yang penuh sabar. Kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Redza sedang berada di tepi pantai.Perkongsian Zahirah itu turut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar.Zahirah kini berada di Perth, Australia ditemani suami dan keluarga.
Kandungan Zahirah Macwilson Cecah 32 Minggu. Zahirah Gembira Apabila Dapat Tahu Satu Benda Ini.
Mendedahkan berat badannya kini naik 10 kilogram (kg), pelakon jelita Zahirah Macwilson akui gembira dengan perkhabaran itu. Menurutnya, beliau kini sedang berbahagia di Perth, Australia sambil ditemani suaminya, Aiman Hakim ketika sedang sarat hamil anak sulung mereka yang telah memasuki usia 32 minggu. Perkara itu dikongsi sendiri oleh Zahirah menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” Dalam entri itu, Zahirah tampil memuat naik fotonya berdua-duaan bersama Aiman di tepi pantai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan kata-kata positif buat pasangan itu. Bahkan, selain menitip doa agar proses kehamilannya berjalan lancar, ramai juga seakan tidak sabar menanti kelahiran zuriat sulung mereka.
Terdahulu, Zahirah dan suami telah berangkat ke Australia untuk bersama keluarga dan akan menjalani proses bersalin di negara tersebut pada bulan lalu.
Untuk rekod, pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis yang diadakan di Petaling Jaya.
Sumber: Gempak
Selepas Tular Gambar Pasangan Ini Ke Perth. Kini Warganet Mempertikaikan Soal Keselamatan Mereka Ke Negara Orang Dan Ini Penjelasan Zahirah MacWilson Sendiri Dan Minta Agar Peminatnya Tidak Risau.
Keputusan pelakon terkenal Zahirah MacWilson ingin menyambut kelahiran anak sulungnya di Perth, Australia mengundang kerisauan warganet dengan kes Covid-19 di sana. Pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga memberitahu biarpun tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) namun pihak kerajaan di sana tetap mengambil serius soal keselamatan.
Zahirah berkongsi perkara itu di laman Instastory miliknya. “Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth… dah enam bulan tak ada kes tempatan. Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP dimana kena pakai mask atau kena social distancing. “Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” kata Zahirah.
Pada Jumaat, Zahirah berkongsi foto dia dan suaminya yang juga pelakon Aiman Hakim Redza dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut. Ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa syukur apabila anak dan menantunya dapat pulang ke Perth biarpun perlu melalui dugaan berikutan pandemik Covid-19.
Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19.
Maslinda menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu pasangan itu akan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Dalam pada itu, Zahirah menegaskan barat Australia juga telah menutup sempadan sehingga April 2021 namun hanya membenarkan kemasukan dengan syarat tertentu seperti warganegara dan kecemasan.
Zahirah turut mengakui bukan mudah melalui proses bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia. “WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.
“Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu. Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah Allah dah susun semuanya. “Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19. Apa-apa pun… semoga Allah sentiasa lindungi kita semua,” ujarnya. Kandungan pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan. Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.- MSTAR
Jumpa lagi 3 bulan. Terkedu gambar yang dimuatnaik Zahirah MacWilson di dalam pesawat menjadi bualan hangat warganet. Ternyata ini sebab pasangan itu pulang ke Australia.
Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasangan pelakon Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza dilihat tidak sabar menanti kehadiran zuriat mereka. Pasangan yang sangat romantis ini juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial masing-masing sehingga mendapat pujian peminat.
Jumpa lagi 3 bulan. Menerusi posting di InstaStory pasangan ini pada pagi tadi, mereka telah memuat naik gambar berada di dalam pesawat dengan mengucapkan selamat jalan kepada semua. Mereka mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung. Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.
Pulang ke Perth sebelum bersalin
Hal ini susulan posting daripada ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat. Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Petaling Jaya selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Zahirah Mcwilson, Aiman Hakim, Maslinda Yusoff
Zahirah Macwilson baru maklumkan kandungan sudah cecah 6 bulan. Ternyata reaksi Aiman Hakim raih perhatian warganet bila dia dimaklumkan bakal menimang cahaya mata sulungnya
Siapa tidak kenal dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang sama cantik dan sepadan ini, kan? Selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya mereka telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan Februari lalu. Baru-baru ini, pelakon drama ‘Duda Pujaan Dara’ itu telah mengumumkan khabar gembira dengan peminatnya. Aiman Hakim terkejut & sebak lepas tengok pregnancy test…Zahirah hargai ucapan daripada peminat
Menerusi paparan video di Instagram, Zahirah Macwilson sempat merakamkan detik tatkala memberitahu Aiman Hakim bahawa dirinya sedang hamil. Seperti tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa, pelakon lelaki berkenaan terkejut dan sebak sebaik sahaja melihat pregnancy test di tangannya. Dalam pada itu, akstres ini turut menghargai ucapan para peminat yang sentiasa mendoakannya. Dia juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada wanita lain yang belum dikurniakan rezeki anak.
So sweet betul la Zahirah dengan Aiman Hakim ni…moga urusan ibu & baby dipermudahkan
Ruangan komen bukan sahaja dibnjiri dengan pelbagai ucapan, malahan rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan sepanjang kehamilan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa ingin merasai pengalaman yang sama kerana belum pernah menimang cahaya mata lagi. Secara keseluruhan, video sweet itu berjaya meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini. Sumber: Instagram zahirahmacwilson
Kredit -
Post a Comment