Rupanya ada lagi 4 personaliti yang pernah melamar secara ‘LIVE’ sebelum Kamal Adli, siap seorang tu kena ‘r3ject’

Rupanya ada lagi 4 personaliti yang pernah melamar secara ‘LIVE’ sebelum Kamal Adli, siap seorang tu kena ‘r3ject’

loading...

MELAMAR merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi individu yang mahu berkahwin.

Rupanya ada lagi 4 personaliti yang pernah melamar secara ‘LIVE’ sebelum Kamal Adli, siap seorang tu kena ‘r3ject’



Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mengikut adat dan kesopanan masyarakat Melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan kedua belah pihak keluarga.

ARTIKEL MENARIK:[Video] Rangkul anugerah AME2020 pada hari lahir, ucapan Ebit Lew dipuji
loading...


Namun ada yang memilih untuk melamar secara kejutan menggunakan platfom TV yang disaksikan hampir satu Malaysia.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, pelakon terkenal, Kamal Adli membuat kejutan melamar Uqasha Senrose secara langsung ketika Anugerah MeleTOP Era 2020, 20 Disember lalu.


Lamaran itu dibuat ketika mereka berdua sedang menyampaikan anugerah, Kamal tiba-tiba melutut dan melafazkan lamarannya sehingga membuatkan Uqasha terkedu.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Kamal sambil menyerahkan sebentuk cincin.

Terkejut dengan kejadian itu, Uqasha pada mulanya menganggap ia promosi untuk drama baharu mereka.

Namun, Kamal kemudiannya mengulangi soalan sama dan Uqasha tanpa ragu terus menjawab “Yes!” sebagai tanda setuju menerima.

Selain pasangan ini, beberapa aktres lain turut membuat lamaran secara live seperti;

1. Awal Ashaari dikatakan selebriti pertama membuat kejutan lamaran kepada kekasih hati secara langsung di layar kaca TV.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari melamar Scha Al-Yahya atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir di set rakaman program Propaganza yang dihoskan oleh Reza Mohammad dan Marsha Milan Londoh pada 25 Mac 2012 lalu.

Difahamkan, ketika membuat kejutan lamaran itu, Awal dan Scha telah dijemput sebagai tetamu jemputan dan Awal mendedahkan dia sudah lama menunggu hari yang sesuai untuk melamar Scha.

Pernikahannya mereka diadakan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya dan kini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana dan bakal menimang cahaya mata kedua pada awal 2021.



Loading...
loading...


2. Seorang lagi artis yang turut bertindak demikian ialah Hairul Azreen.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris melamar Hanis Zalikha Zainal yang dipertontonkan secara langsung menerusi pentas akhir Gegar Vaganza 2015 (GV2) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Hairul muncul di pentas itu menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Kemudian, Jihan Muse dan Nabil Ahmad yang menjadi hos ketika itu menjemput Hanis naik ke pentas sebelum lamaran dibuat.

Namun, lamarannya ketika itu mendapat kecaman ramai kerana dikatakan tidak kena tempat dan agak keterlaluan dan memalukan.

Pasangan itu akhirnya disatukan di kediaman keluarga Hanis di Bukit Jelutong dan dinikahkah oleh bapa Hanis sendiri iaitu Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali pada 5 Jun 2015 dan kini mempunyai sepasang cahaya mata, Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 1.

3. Sementara itu, di Amerika, seorang pembaca berita turut dilamar ketika sedang membaca berita terkini.

Kejadian pada 2013 itu dilaporkan Mail Online, tunang kepada pembaca berita Fox54, Jillian Pavlica ketika itu merampas ‘autocue studio’. Pavlica tidak menyedari ketika itu dia membacakan berita terkini.


Namun ketika bersiaran live di TV, dia mulai membaca skrip, yang berbunyi, “Kami mempunyai berita terkini untuk diberitahu, Fox54 baru saja mengetahui bahawa pembaca berita Huntsville sedang dilamar dalam siaran langsung sekarang.”

Sebelum menyelesaikan skrip, penyiar yang terkejut mula tergamam ketika menyedari apa yang telah berlaku. Ketika rakan-rakan penyampai meninggalkannya, tunang Pavlica, Vince, masuk ke studio.

Video siaran langsung menunjukkan lelaki itu memberitahu pasangannya,”Akhirnya semua berharap kami bersatu. Saya tidak dapat membayangkan, jika saya tidak dapat memilik kamu.

“Lelaki itu kemudian berlutut dengan satu kaki, sebelum berkata, “Jillian Pavlica, adakah anda akan menikahi saya.” Pavlica yang kelihatan jelas beremosi menjawab, “Ya”.

Sebelum itu, penerbit Nine O’Clock News, Dana Conley memberitahu Pavlica bahawa akan ada berita terkini.

Conley mengatakan kepada penyiar bahawa dia telah menulis skrip dan meletakkannya di autocue. Dana menyuruh Pavlica membacanya.

4. Namun lain pula yang terjadi kepada wartawan TV di Rusia ini.

Pada 2012, menurut laporan Kumparan, seorang wartawan TV yang sedang bertugas melaporkan berita di lokasi luar melamar gadis yang sedang membaca berita di TV.

Gadis pembaca berita itu kelihatan terkejut melihat tindakan lelaki itu dengan bercermin mata yang tiba-tiba mengeluarkan sesuatu dari poketnya.


Lelaki itu mengatakan bahawa dia ingin melamar gadis pembaca berita itu. Dia segera mengeluarkan cincin dari sakunya dan berlutut sambil berkata dengan niat untuk melamar wanita itu.

Namun hampa kerana tidak mendapat jawapan, gadis itu seolah-olah tidak menerima lamaran lelaki itu. Akibatnya, lelaki yang memakai tali leher menunduk dan terpaksa menanggung malu kerana tindakan itu dilakukan semasa ‘live’.

Difahamkan, ketiga-tiga artis negara kita yang membuat lamaran secara ‘live’ ini telah mendapat keizinan keluarga semua pihak terlebih dahulu. Ternyata, semua lamaran yang dilakukan mereka mengundang pelbagai reaksi semua pihak.

 

Sumber: ASN via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post