Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J/Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J/Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

loading...

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju.

Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J/Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian



Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

ARTIKEL MENARIK:Ini respon balu selepas dia ditduh menafikan hak bapa mertuanya AR Badul dalam k3s harta
loading...


Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi JPM itu lulus selepas sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir dan bagi Kementerian Kewangan pula sejumlah 107 menyokong, 95 tidak bersetuju dan 18 orang tidak hadir.

Terdahulu, perbahasan belanjawan JPM melibatkan 18 Ahli Parlimen sebelum digulung oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala 10 Ahli Parlimen menyertai perbahasan bagi belanjawan Kementerian Kewangan dan digulung oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perbahasan, penggulungan dan pengundian di peringkat jawatankuasa dijadual sehingga 15 Dis. Esok tiga kementerian dijadual terlibat iaitu Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.



Loading...
loading...


Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dibentang Tengku Zafrul pada 6 Nov, lulus di peringkat dasar Khamis lepas dengan undi suara terbanyak Ahli Parlimen setelah dua minggu dibahas dan melalui proses penggulungan selama empat hari.

Persidangan dewan bersambung esok.

Sumber: BERNAMA
Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post