“4rwah tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis”
Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.
ARTIKEL MENARIK:Pendakwah selebriti ditahan lagi, dakwaan cabul penuntut kolej
Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.
“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.
“Berkenaan insuran kelompok yang dipertikai bapa mertua saya ini, memang saya sudah dapat. Cuma jumlahnya hanya RM5,000 lebih sahaja. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.
“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kem4tian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tuduhan tidak berasas.
“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.
“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kem4tian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.
Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang m4ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.
Sumber: utusan.com.my
Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak
Terdahulu, anak kepada pelakon komedi popular A R Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia.
Ini akibat tertmbak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.
Berita itu disahkan isterinya iaitu Nour Shafinar Harun, 31, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat terkena tmbakan raifal.
“Saya dimaklumkan tentang berita itu pada pukul 9 pagi tadi dan suami sempat menghantar mesej berkata bahawa itu pertunjukan terakhirnya.
“Saya juga diberitahu tembakan itu tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa,” jelasnya.
Sementara itu, AR Badul melahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut dan sedang menunggu jenazah yang akan dibawa pulang petang Rabu.
Jenazah dijadual telah disembahyangkan di masjid Kem Wardieburn, Setapak sebaik tiba dari Kota Kinabalu.
Ia dikebumikan di Ipoh, Perak iaitu berdekatan rumah keluarga Nour Shafinar.
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir ialah anak AR Badul dengan bekas isteri bagi perkahwinan keduanya Rusunjan Mohammad, 57, yang kini tinggal di Tuaran, Sabah.
Beliau merupakan pegawai kanan tentera bersama pasukan Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.
Perkahwinan Allahyarham bersama Nour Shafinar mereka memperoleh seorang cahaya mata berusia enam bulan.
Manakala dua orang lagi menerusi perkahwinan terdahulu Mohd Zahir.
Mohd Zahir turut memiliki dua lagi anak tiri iaitu hasil perkahwinan Nour Shafinar dengan bekas suaminya terdahulu.
Semasa kejadian, Mohd Zahir menyertai demonstrasi yang dipersembahkan beliau kira-kira pukul 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukannya.
Mngsa memakai berbaju putih, bertopeng dan beraksi sebagai penjnayah yang ditmbak m4ti oleh anggota tentera.
Allahyarham dikatakan melepaskan tmbakan kepada rakannya dalam demonstrasi itu dan ia terkena pada baju kalis peluru yang dipakai pegawai tersebut.
Bagaimanapun ketika tembakan balas dilepaskan, ia dikatakan telah tersasar dan terkena di belakang badan Allahyarham menyebabkan dia rebah.
Bagaimanapun mangsa dibawa ke tepi sebelum persembahan ditamatkan namun dia didapati tidak sedarkan diri.
Mangsa yang cedera kemudian diberi rawatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan meninggal dunia.
Dinafikan Harya Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak
SELEPAS lebih setahun kema-tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertem-bak, pelakon dan pelawak veteran
AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allah-yarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.
Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu.
Ini selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.
“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.
“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.
Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ujar Badul, lebih kecewa apabila kisah keretakan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak.
Itu dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir yang ma-ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.
“Apabila terjadi perkara begini (ke-ma-tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).
“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak.
Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.
Sebelum Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kema-tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.
“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak.
Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.
AR Badul melahirkan kekecewaan apabila haknya sebagai bapa dinafikan.
“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.
Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir.
Namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.
“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.
“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.
“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan.
Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, mening-gal dunia akibat terkena temba-kan.
Ini ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.
Allah-yarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.
Sumber: mstar
Kredit - Trending Kini
Post a Comment