Pencuri lori kena tahan di Lebuh Raya PLUS

Pencuri lori kena tahan di Lebuh Raya PLUS

loading...

KUALA LUMPUR – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Pencuri lori kena tahan di Lebuh Raya PLUS



Itu perumpamaan kepada dua lelaki yang mencuri sebuah lori di Selayang di sini semalam dan cuba melarikannya namun akhirnya ditahan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Perak.

ARTIKEL MENARIK:46 Angg0ta P0Iis Johor Dibuanng Krja , Tertlnggi Di Malaysia . Keglatan SaIah Iaku Didedahkan
loading...


Dalam satu kenyataan, Peronda Lebuh Raya Sektor 8, Utara 4 (Tapah-Tanjung Malim) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang terlibat dalam rondaan menerima maklumat kecurian lori itu dari  Pusat Kawalan Polis Daerah Muallim.

Bertindak atas maklumat itu, anggota trafik berjaya mengesan kedudukan lori curi di Kilometer 291.6 arah utara di Lebuh Raya PLUS.

Mereka turut dibantu unit MPV Utara 3 dan Peronda Ipoh-Tapah.



Loading...
loading...


Lori itu berjaya dihalang di lebuh raya sebelum dua suspek lelaki rakyat tempatan itu berjaya ditahan bersama lori yang dicuri.

Mereka dibawa semula ke Ibu Pejbat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut.-MalaysiaGazette



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post