Malam sebelum ditahan, Dai Syed ada bertemu Hafiz Hamidun dan ada berbincang tentang perkara ini

Malam sebelum ditahan, Dai Syed ada bertemu Hafiz Hamidun dan ada berbincang tentang perkara ini

loading...

Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da’iSyed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan r0goll seorang gadis.

Malam sebelum ditahan, Dai Syed ada bertemu Hafiz Hamidun dan ada berbincang tentang perkara ini



Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.

ARTIKEL MENARIK:Dikejarkan Ke Hospital… Ashraf Muslim Mohon Doa Orang Ramai
loading...


“Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan. Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dia.

“Saya dah beritahu Syed, kena hadapi segala-galanya secara mental dan fizikal. Dia tunduk dan faham.Semoga Syed belajar daripada pengalaman ini. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal,” kata Hafiz menerusi Instagram pada Selasa.


Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan r0golll terhadapnya.Pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti ini direman bermula Jumaat lalu dan disambung sehingga Ahad ini.



Loading...
loading...


Sementara itu, Hafiz berkata dia sama sekali tidak menyokong tindakan tidak bermoral yang dilakukan pemuda berusia 25 tahun itu jika benar-benar didapati terbabit dengan j3nay4hh tersebut.

“Pada saya yang salah tetap salah tetapi sebagai kenalan tetap ada simpati kepada dia… tidak sekali sokong apa yang dilakukan kalau betul,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan SiasatanJ3nay44h Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (r0goll), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabulll) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (s3kss luartabii).

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’iSyed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh reman pertama berakhir pada 1 Disember.

Suspek ditahan reman selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.Peguam yang mewakili suspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu pihak media, Da’iSyed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

 

Sumber: MstarOnline


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post