Lupa Tanggungjawab Pada Anak Isteri Bila Jumpa Cinta Baru

Lupa Tanggungjawab Pada Anak Isteri Bila Jumpa Cinta Baru

loading...

Lupa segala janji yang pernah dilontarkan saat bergelar suami isteri untuk setia hingga ke hujung nyawa.

Lupa Tanggungjawab Pada Anak Isteri Bila Jumpa Cinta Baru



Lupa janji untuk susah senang bersama dalam membesarkan anak-anak. Segalanya dia lupa setelah mabuk dengan cinta baru. Lupa dosa!

ARTIKEL MENARIK:Suami biarkn anak2 mkn nasi basl kt rumah, dia mkn mewah kt luar. Klu sy msak dia akn hbiskn lauk2
loading...


Ikuti luahan rasa seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Sal saja. Dia memegang status janda setelah tidak tahan lagi sengan sikap suami yang lupa tanggungjawabnya pada keluarga dan asyik dengan cinta baru.

Suami Penyayang Dan Bertanggungjawab

Pada mulanya hidup kami bahagia dalam perkahwinan yang menjangkau usia 19 tahun waktu itu. Walau pun pelbagai onak dan duri dilalui, kami dapat mengharungi bersama. Rumah tangga kami makin ceria dengan kehadiran tiga cahaya mata yang berusia 18, 17 dan 15 tahun. Hanya anak kedua lelaki.

Waktu itu kurasakan hidupku lengkap, ada suami yang penyayang (Y) dan anak-anak yang taat. Tak pernah terlintas di fikiran, rumah tangga yang kubina atas dasar cinta itu musnah akibat orang ketiga.

Lupa Tanggungjawab Pada Isteri Dan Anak-Anak Bila Jumpa Cinta Baru

Aktif Sejak Di Maktab

Y seorang yang aktif di sekolah bahkan dia sering dilantik sebagai ketua. Dia juga terkenal dengan kelunakan suaranya saat mengalunkan ayat suci al-Quran dan sering menjadi imam di kalangan teman-teman.

Sebenarnya sikap aktifnya itu sejak zaman sama-sama di maktab dulu. Antara tarikan yang dia miliki yang membuat aku terpikat kepadanya adalah karismanya sebagai seorang pemimpin. Dia pengerusi pelajar di maktab dulu.

Sebagai ayah, dia sangat penyayang dan ambil berat tentang anak-anak. Tegasnya bertempat dan aku lebih garang berbanding dirinya.

Baca artikel lain di sini:

Lupa Isteri Minta Cerai, Sebab Suami Tak Pernah Tinggikan Suara, Terlalu Rajin Buat Kerja Rumah

Awasi Tanda-Tanda Ini, jika Ada Anda Mungkin Di Ambang Perceraian!

Lupa Tanggungjawab Dan Berubah

Kalau ditanya, sejak bila dia mula berubah? Entahlah. Cuma aku mula perasan bila dia makin kerap di sekolah walau pun hari cuti. Alasannya macam-macam aktiviti yang perlu diuruskan.

Bila balik rumah, dia jarang nak duduk berbual dengan anak-anak di ruang tamu sedangkan kebiasaannya kami akan bersama-sama duduk sambil memantau anak-anak membuat kerja sekolah.

Dia lebih suka duduk di dalam bilik menghadap laptop. Aku tak syak apa-apa.

Suka Marah-Marah

Makin lama ku lihat sikap Y makin berubah. Bila berada di rumah kami jarang berbual macam dulu. Bila anak-anak tanya tentang kerja sekolah, dia cepat melenting dan suruh aku yang ajar.

Dengan aku juga begitu. Pantang ada yang tak kena di matanya, dia akan membebel dan marah-marah sedangkan selama ini dia sangat lemah lembut.

Loading...
loading...


Terbongkar

Satu hari, ketika sedang asyik menghadap laptop, tiba-tiba ada rakannya datang. Selepas membancuh air, aku masuk bilik untuk mandi. Tergerak hati untuk melihat laptop yang tak ditutup. Niatku hendak tolong off laptop itu.

Tak sangka, aku mendapat jawapan di atas segala perubahannya selama ini. Mungkin nak cepat, dia lupa nak off laptop dan ku lihat dia membuka facebook dan aku ternampak sedang berbalas mesej dengan seseorang.

Lupa Dosa Pahala

Alangkah terkejutnya aku bila mendapati mesej itu bersama seorang wanita. Hatiku hancur bila membaca mesej antara mereka. Penuh kata-kata rindu dan cinta. Yang aku lebih terperanjat, wanita itu sanggup mengirimkan fotonya tanpa bertudung kepada suami! Sedangkan wanita itu bertudung litup!

Menggeletar jarinya saat melihatkan profile wanita itu dan rupanya wanita itu juga seorang ustazah dan janda anak dua. Usianya pertengahan 30-an. Ternyata sudah hampir enam bulan mereka berskandal.

Aku tunggu Y masuk bilik dan dia terperanjat besar bila lihat aku sedang berada di depan laptop. Aku terus bangun dan tanpa sepatah kata aku beredar ke bilik anak bongsuku. Malam itu aku tidur di situ. Aku tak mampu untuk berdepan dengan suami.

Lupa Rasa Sayang, Tekad Bertindak

Keesokan pagi, aku bangun lebih awal daripada biasa dan siapkan sarapan dan terus ke sekolah. Sempat aku berpesan pada anak-anak supaya ke perpustakaan dulu hingga aku jemput mereka balik petang nanti. Nasib baik mereka sudah besar dan pandai jaga diri. Ke sekolah mereka akan menaiki van sekolah. Hanya yang sulung duduk di kolej.

Aku tak nak bersemuka dengan suami. Memang selama ini kami pergi mengajar berasingan kerana mengajar di sekolah berbeza.

Sampai di sekolah, aku ada terima mesej daripadanya yang ingin jumpa aku tapi aku tidak balas.

Ambil Keputusan

Jiwaku sangat celaru dan aku menangis di sekolah di depan kawan baikku M. Aku tak kuat untuk terima itu semua dan akhirnya berterus terang dengannya. Aku juga minta tolongnya untuk menemani aku bersemuka dengan suamiku.

Balik sekolah, ku lihat Y sudah ada di rumah dan wajahnya serba salah. Tak lama kemudian M sampai bersama suaminya Z. Mereka dikira kawan baik aku dan suami.

Di depan M dan Z sebagai saksi, aku minta Y berterus terang. Benar sekali, dia mengaku sudah menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Dia juga mengaku, dia akan mengahwini wanita itu kerana wanita itu sudah pun bercerai dengan suaminya selepas mereka bercinta.

Lebih Bahagia

Aku tak sangka, tergamak mereka tergamak berskandal di saat wanita itu masih isteri orang sedangkan keduanya ada ilmu agama. Rasa dikhianati membuatkan aku tekad minta dilepaskan. Aku tak sanggup hidup dengan lelaki yang curang padaku bahkan terang-terang mengaku akan memadukan aku dengan wanita lain.

Walau pun puas dipujuk, aku tekad. Syukur, aku bahagia dengan jalan hidup yang ku pilih dan kini lebih dua tahun aku bergelar ibu tunggal. Aku happy dengan anak-anak dan belum terfikir untuk mencari pengganti.

Bekas suamiku sudah pun berkahwin dengan kekasih gelapnya itu. Aku tak pernah lagi bersemuka dengan bekas suami. Kalau dia datang jumpa anak-anak, aku takkan keluar jumpa dia. Aku tak pernah halang dia jumpa anak. Rasa marah dan sedihku belum terubat. Aku memaafkan namun tidak mampu melupakan.




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post