Dua Lelaki Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan

Dua Lelaki Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan

loading...

Seberang Perai – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Telok Air Tawar, Butterworth di sini pagi tadi.

Dua Lelaki Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan



Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, penunggang basikal, Murad Khusni, 68 dan penunggang motosikal, Mohd. Hafiz Ramzan, 27, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

ARTIKEL MENARIK:Profesor Diraja Ungku Aziz Dilapor Meninggal Dunia Petang Tadi
loading...


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal dari arah Kepala Batas menuju ke Butterworth melanggar basikal yang sedang menyeberangi jalan ke Taman Telok Molek.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kedua-kedua mangsa tercampak di atas jalan dan penunggang basikal kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

“Penunggang basikal diseret sejauh 10 meter, manakala kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Loading...
loading...


“Kita sedang mengesan pemandu kereta yang melarikan diri sejurus kejadian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post