Kluang: Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam, menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi, hari ini untuk berurusan.
Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkannya urusan, sebaliknya lain yang berlaku.
ARTIKEL MENARIK:Ini Senarai Lima Sempadan Antara Dua Negara Paling Tegang & Berbahaya Di Dunia
“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.
“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” katanya ketika ditemui di cawangan KWSP di sini.
Maklum mengenai kemudahan dalam talian namun, katanya, bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.
Turut menunggu, Nur Ishak Abd Rahim, 26, yang memberitahu beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan jumlah ahli menunggu yang ramai.
Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.
“Pihak KWSP perlu ambil langkah el4k orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu menc3gah penu-laran C0vid-19. Kita tidak tahu siapa pemb4wa,” katanya.
Dalam pada itu, pengurusan KWSP Cawangan Kluang belum dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan.
Berikut pula perincian terbaru i-sinar KWSP yang boleh di mohon dalam talian bermula 21 Disember 2020
Najib Razak juga turut berkongsi maklumat tersebut di laman media sosial beliau dan meminta pendapat dari semua. “Okay atau tidak?” soal Najib.
Berikut reaksi dari netizan
“Tak ok lnsg.. Sbb bukan one off. Dan bulan januari baru nk proses. Tetap kena buat permohonan. Kenapa x ikut je data i-lestari???? Kesian lah kt pkcik mkcik yg perlukan duit. Tp xde yg tlg apply kan.. Nk mnyusahkn manusia2 yg ada dalam malaysia ni mmg number 1 ke eh? Dan buka jap minda tu kalau dah tepu sgt.. Siapa yg mohon i-lestari dah sah2 deme mmg golongan yg tjejas. Kenapa x auto kreditkan je? Susah sgt ke?”
“saya ni kerja gaji bulanan basic je 1.2k..memang takde elaun takde ot..so slip gaji memanh takkan berubah..selain tu saya buat side job yang mana upah dapat tu cash, takde rekod bank bagai..side job dah tak banyak macam sebelum ni..simpanan pun takde..
Sekarang camne nak buktikan yang pendapatan memang terjejas?”
“Sangat² mengecewakan.. sy buat 2 kerja tapi 1 dah tutup.. hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung.. sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman.. kereta cari makan sy dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan..
masih BERSYARAT.. apa salahnya bagi je tanpa syarat tanpa apa dokumen.. lantak laa orang tu nak beli iPhone ke nk gi joli ke ape ke.. itu duit dorang.. apa lah susah sangat nak luluskn duit kami tuu.. tolong kami Najib Razak kasi lawann balikkk dgn kwsp.. ckp ngn kwsp luluskn semua orang tanpa syarat..dan dokumen.. dan ter pulang pada individu nak keluar atau tidak hak masing2″
“Ini smua ta okay, Rakyat mahu 10k one off … berserta tanpan syarat. sesiapa yg berminat bole bwk kluar tanpa syarat. itu duit kami, hasil titik peluh kami, rakyat memerlukan pda masa ini, tlong hapuskan syarat2 tu. hmm”
Permohonan i-Sinar bermula pertengahan Disember 2020: KWSP
Sebelum ini Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.
“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.
“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.
Sumber: trending sgt
Kredit - mediakita
Post a Comment