Ini Senarai Lima Sempadan Antara Dua Negara Paling Tegang & Berbahaya Di Dunia

Ini Senarai Lima Sempadan Antara Dua Negara Paling Tegang & Berbahaya Di Dunia

loading...

Negara kita baru sahaja digemparkan dengan insiden tembak-menembak antara pihak polis tanah air dengan penyeludup warga Thailand di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.

Ini Senarai Lima Sempadan Antara Dua Negara Paling Tegang & Berbahaya Di Dunia



Bagaimanapun, ajal itu datang tidak diundang apabila salah seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Baharudin Ramli, 54, yang berhadapan dengan situasi getir itu gugur menyembah bumi apabila dua das tembakan pihak musuh merobek perut dan dadanya.

ARTIKEL MENARIK:Suami bunuh lelaki yang hamilkan isterinya selepas keluarga mangsa izinkan membunuh tanpa pakai senjata


loading...


Kematiannya diratapi segenap rakyat di seluruh negara, lebih-lebih balunya sendiri yang menganggap beliau ‘pergi’ sebagai wira.

Menyentuh isu pencerobohan di sempadan, seperti yang kita tahu, sempadan negara merupakan salah satu lokasi paling ‘panas’ dalam mana-mana negara, selain zon eksklusif ekonomi di perairan.

Selain menjadi tumpuan kegiatan jenayah seperti penyeludupan, sempadan juga menjadi tanda kekuasaan sesebuah negara atau wilayah itu.

Tahukah anda, terdapat lima sempadan negara yang dikategorikan sebagai sempadan negara paling tegang dan berbahaya di dunia ini.

Mari ikuti turutan tahap bahayanya dari nombor lima ke nombor satu di bawah ini:-

5. Sempadan India-Bangladesh


Kredit gambar: HW News/Google

India dan Bangladesh berkongsi satu sempadan antara yang terpanjang di dunia iaitu sejauh kira-kira 4,096 kilometer.

Dikatakan sempadan ini menjadi tumpuan penyeludup dan imigran untuk menyusup masuk ke dua-dua negara berkenaan secara haram.

Tahap kawalan keselamatan di sempadan ini begitu tinggi berikutan tahap pencerobohan haram berada pada paras kritikal.

Untuk rekod, antara kegiatan jenayah yang bertumpu di sempadan ini termasuklah penyeludupan manusia, migran, dadah, peluru, senjata api dan barangan asas.

4. Sempadan Amerika Syarikat (US) – Mexico


Kredit gambar: Vox/Google

Siapa yang tidak tahu, negara antara pengeluar dadah terbesar dunia iaitu Mexico juga berkongsi sempadan yang sama dengan jiran seterunya, US.

Dengan panjangnya yang menjangkau kira-kira 3,200 kilometer dari California ke Texas, sempadan ini juga dikatakan mempunyai rekod pencerobohan antara yang tertinggi di dunia.

Difahamkan, kebanyakan unit patrol (polis/pihak berkuasa) lebih banyak bertumpu di kawasan bandar berbanding kawasan gurun, menjadikan sempadan di sana seakan-akan tiada kawalan keselamatan.

Oleh sebab itu, dikatakan hampir 500,000 orang pernah melintasi sempadan berkenaan secara haram setiap tahun dengan beberapa ratus kematian – mungkin disebabkan tindakan undang-undang atau pembunuhan.

Walaupun nampak macam ‘sunyi’, namun sempadan di kawasan kering ini sebenarnya dikawal oleh penyeludup-penyeludup dadah, senjata api dan manusia.



Loading...
loading...


3. Sempadan Israel – Syria


Kredit gambar: Ynetnews/Google

Sempadan ini menjadi medan konflik dan pertempuran antara kedua-dua negara berkenaan sejak dulu lagi.

Mengimbas sejarah, kedua-dua negara teluk ini pernah bertempur dalam tiga peperangan besar seperti Perang Arab-Israel 1948, Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada 1973, sebelum turut terlibat dengan Perang Sivil Lubnan dan Perang Lubnan 1982.

Sehingga hari ini, kedua-dua negara berkenaan saling tidak mengiktiraf sesama sendiri; Syria tidak memperakui ‘kewujudan’ Israel, selain turut tidak menerima sebarang pasport daripada rakyat negara tersebut.

2. Sempadan India-Pakistan


Kredit gambar: Aljazeera/Google

Mengikut sejarah, pada Ogos 1947 lalu tanah besar India dibahagikan menjadi dua negara oleh British, iaitu India bagi majoriti penganut beragama Hindu dan Pakistan bagi majoriti penganut beragama Islam.

Konflik antara kedua-dua negara ini pernah menyaksikan ratusan ribu nyawa penduduknya telah melayang menjadi mangsa peperangan hingga hari ini.

Sempadan sepanjang 2,897 kilometer itu dikawal begitu ketat. Disebabkan konflik dua negara itu terlalu tegang, sempadan tersebut menjadi sempadan yang berbahaya.

Selain isu kenegaraan dan agama, India – Pakistan juga masih lagi bermusuh dalam konflik perebutan wilayah paling dikehendaki, iaitu Kashmir.

Untuk rekod, sempadan ini pernah menjadi saksi tiga peperangan besar yang berlarutan sejak dahulu hingga hari ini, melibatkan konflik perebutan wilayah Kashmir dan Siachen Glacier.

1. Sempadan Korea Utara – Korea Selatan


Kredit gambar: PBS/Google

Ketegangan antara dua negara ‘adik-beradik’ ini menjadi perhatian dunia sejak berpuluh tahun lamanya. Perbezaan fahaman dan proksi diplomatik sesama mereka menambahkan lagi ‘rencah’ permusuhan.

Walaupun Perang Korea telah pun berlalu sekitar 70 tahun lalu, namun sisa-sisa api perang yang pernah terbakar dulu masih lagi ‘hidup’ baranya di sebalik sempadan sepanjang 257 kilometer itu.

Dikatakan sempadan ini ibarat sebuah medan perang yang sudah lengkap dan bersedia sepenuhnya untuk memulakan pertempuran pada bila-bila masa.

Sempadan ini dikawal begitu ketat dengan segala aset militari dikerahkan bagi mengawal negara masing-masing daripada sebarang cubaan provokasi.

Sumber: Newsorb360Aljazeera, Wikipedia, Indiandefencereview,


Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post