Lama tak dengar khabar berita si cilik adik Fattah Anaz yang terkenal selepas videonya masuk di dalam sangkar kucing pada tahun 2018 lalu.
Rupa-rupanya ada kisah lain yang terjadi dalam kehidupannya sekeluarga. Jika anda lihat di laman Instagram Anaz sendiri,
ARTIKEL MENARIK:Ramai yang kata Syafiq Ahmad terlelap masa memandu. Kali ni adik pulak tampil sangkal dakwaan tu. Rupanya ini yang Syafiq dan isteri nampak
bapanya iaitu Mohamad Firdaus telah memuat naik beberapa posting menceritakan perkara yang sedang berlaku dalam keluarganya. Tidak disangka rupa-rupanya keluarga kecil ini dikatakan telah dis1hir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan Firdaus sendiri terlantar sakit dan tidak mampu untuk bangun membuat kerja.
Sedar tak sedar sebenarnya dia mcm paham perubahan yg ketara berlaku please.. dia nampak mak ayah dia brbalah teruk.. dia nampak ayah dia sentiasa nak sibukkan diri sbb nk sorang sorang.. dia nampak ayah dia jd panas baran..
dia nampak mcm mcm.. sampai pernah dia mengadu , nampak kelibat ‘hantu’ kalau ingat ade video yg dia cerita dia mimpi ular hitamz tapi kami gitu gitu jer.. tak terpikir akan ada manusia yg sanggup buat perkara syrk walaupun macam macam tanda Allah tunjuk kebesaran Dia..
tp takpe.. sakit yg ayah budk ni kena, dia pun x pikir selama ni.. tak layan pun sebab banyak lg hal lain yg positif nak kena pikir.. bukan x sakit.. sakitt bukan x tersksa , sksa…ntah lah.. yang tahu jer tahu.. pi berubat sane sini duk main kot kot kot jer.. dan Alhamdulillah.. dengan izin Allah semalam pergi nak check mak ,
skali scan semua.. yg lain x de ape, eh ayah nye kena. takpe.. tak de hal.. mmg awak dah berjaya dah.. mmg jatuh teruk dan nk rebuild balik semua nya mmg makn mase dlam keadaan aku ni lembik adoi la.. nak x nak dah kena baring mcm org sakit..
itu pn bangun lagi buat itu buat ini xpe lah.. sy REDHA..tp please.. cukup lah tu.. bg lah peluang sy jaga anak sy sampai besar , sampai buat dia BERJAYA please.. Rezeki milik Allah.. dulu sy doa , sy dpt sy doa kan semua kita yg ad masalah termasuk lah dri sy sendiri untuk dipermudahkn segala urusan didunia dilimpahkan dengan rezeki yg banyak..
Amin.. inshaAllah.. kawan, ad beberapa lg kerja yang nak sy settlekan di platform ni sbb isteri dah mintak payment dulu untuk rawat dan selesaikan mana masalah yg boleh settle.. so inshaAllah sy nak settlekan yg tu pelan pelan.. then takpe.. pelan pelan jugak kami slow..
Menerusi salah satu posting, Firdaus ada kongsikan beberapa keping foto menunjukkan dia sedang menjalani perubatan Islam sebagai salah satu cara untuk ikhtiar merawat skitnya itu. Dalam masa yang sama, Firdaus turut memohon kepada si penghantar itu supaya hentikan perbuatan berkenaan kerana dia masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga kecilnya itu.
Lebih menyedihkan lagi apabila Anaz juga pernah didatangi mimpi pelik ketika tidur, antaranya ialah dia juga pernah bermimpi didatangi dua orang kanak-kanak untuk bermain dengannya tetapi apa yang membuatkan dia sedih ialah bapanya tidak mempedulikan kehadiarannya langsung.
Nak tau Anaz mimpi apa? Anaz mimpi ada dua kawan Anaz datang dekat dapur, nak main tengok game apa Anaz nak. Baba pun nak main jugak, lepastu Baba ambik dua-dua budak tu, tak ambik Anaz pun kat dapur. Baba main dengan budak tu, tak main dengan Anaz. Sayu hati mendengar kisah mimpi Anaz sehingga membuatkan ada yang turut tumpang seedih melihat keadaan keluarga itu.
Dalam pada itu, pengacara terkenal Azwan Ali turut ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya yang bersedia untuk ikhtiarkan sesuatu untuk keluarga Anaz. Semoga keluarga ini dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini dan diharapkan mereka baik-baik sahaja.
Sumber: HOT.fm
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kongsi Gambar Jarum Dipenuhi Dengan Cecair Merah. Dikatakan Bapa Kepada Fattah Anas Dan Aneesa Disantau Dan Ini Kata Kata Bapa Anas Di IG
Nampak bahagia kerana kerap kongsikan reaksi spontan lucu dan comel di media sosial, rupa-rupanya ada yang iri hati dan dengki dengan keluarga adik Fattah Annas yang sebelum ini pernah tular masuk dalam sangkar kucing beberapa tahun lepas.
Terbaru, menerusi akaun IG @fattahanas_boyyeah, bapa kepada kanak-kanak cilik Mohammad Firdaus ada kongsikan sesuatu yang mengejutkan para pengikutnya.Kesian Anas , Kesian Aneesa..Depa kena tmpias tu.. depa nampak tmpias ni.. kesiankanlah kat depa..”
Dalam perkongsian itu, gambar jarum yang berlumuran cecair merah itu menunjukkan bahawa seolah-olah ayahnya terkena ‘buatan orang’.Mohamad Firdaus meminta ampun kepada mana-mana pihak jika dia ada melakukan sesuatu perkara yang menyakitkan tanpa disedari sebelum ini.
Dia juga merayu kepada mana-mana pihak agar menghentikan perbuatan ini kerana tidak sanggup mennahan rasa sakit, malah demi Anas serta adiknya Aneesa. Walaupun sebelum ni nampak dia hanya senyum sahaja.“Kesian Anas , Kesian Aneesa..Depa kena tmpias tu.. depa nampak tmpias ni.. kesiankanlah kat depa..”
Ramai memberikan sokongan moral kepada mereka sekeluarga agar terus tabah dan sentiasa memohon perlindungan-Nya.Makin zaman maju tapi sesetengah manusia makin kolot – Warganet Semoga Papa Anas cepat sembuh, kesian mereka..
Dikatakan goyang kaki, makan duit anak… bapa Fattah Anas akui populariti anaknya mampu upgrade hidup keluarga – “Bukan kaya pun”
Bapa Anas, Mohamad Firdaus berkongsi luahannya susulan kritikan kononnya mengambil kesempatan terhadap populariti anak.ASIH ingat budak comel bernama Muhammad Fattah Anaz yang videonya masuk dalam sangkar kucing dua tahun lalu tular?
Video spontan kanak-kanak itu yang kini berusia empat tahun bersama bapanya, Mohamad Firdaus mencuit hati warganet, telah meraih lebih sejuta pengikut di laman sosial Instagram.Populariti si cilik yang lebih dikenali sebagai Anas bagaimanapun dicemburui segelintir pihak termasuk ada yang mengkritik bapanya mengambil kesempatan ke atas anaknya.
Ramai je mak bapak macam ni sekarang. Tengoklah Fattah Anas budak
yang dalam sangkar kucing tu. Mak bapa dia mana kerja, guna anak untuk
buat duit.”Bapanya 24 jam kat rumah tak kerja. Diusung ke sana sini anak
tu untuk duit. Yang hairan anaknya contoh nak basikal A yang mahal, dia
cakap beli yang B lah murah, padahal duit makan minum mak bapa tu duit
anak jadi duta produk. Bapa goyang kaki tak kerja,” dakwa seorang wanita
menerusi paparan komen di laman YouTube yang dikongsikan oleh bapa Anas
sendiri di laman Instagramnya.
Populariti Anas yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.Susulan
kritikan itu, Mohamad Firdaus, 27, tampil memberi penjelasan dan tidak
menafikan populariti yang dikecapi anak sulung daripada dua beradik itu.
“Alhamdulillah apa yang kami dapat sekarang ni adalah daripada popularnya Anas. Alhamdulillah usung ke sana ke sini, dapat itu ini.”Tapi… ini semua rezeki dan peluang yang ada ni takkan kami nak lepaskan begitu je? Bukan ke baik dapat upgrade hidup dari susah ke lebih selesa sedikit. Bukan kaya pun,” luahnya menerusi posting di akaun Instagram fattahanas_boyyeah.
Mohamad Firdaus rezeki bertambah ekoran populariti Anas.Mohamad Firdaus turut memberitahu bahawa semua kerja dilakukan Anas, dan sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik buat anak-anaknya.”Semua kerja yang ada, semuanya bukannya Anas yang buat. Papa yang penat sebenarnya nak control anak-anak, pergi meeting sana sini, atur itu ini, ada nampak?
“Ya Allah, ini jalan dia dan yang kena jaga jalan yang baik ni tak lain tak bukan kami ibu bapa dia. Mak bapa mana yang tak nak anak dia senang.”Apa salah kami? Kami kacau hidup siapa? Job yang datang pun, kami paksa ke untuk pilih kami? Tak pernah! Mereka yang offer pada kami,” tambahnya.
Perkongsian Mohamad Firdaus mengenai kritikan terhadapnya sebagai bapa.Susulan kritikan itu juga, bapa Anas berkongsi kesusahan mereka sekeluarga iyang barangkali belum pernah didedahkan secara terbuka.”Saya berdoa supaya dapat senangkan orang orang sekeliling saya dan Allah bagi melalui Anas. Nak tengok macam mana kehidupan kami sebelum ni?
“Alhamdulillah masa kami susah, hidup sewa bilik. Saya kerja gaji RM35 sehari, makan tiga beranak. Memang dari sebelum popular lagi, saya memang suka rakam telatah anak.”Masa susah dulu, sebelum pergi kerja, nak tahu apa yang saya baca? Bukan nak acah baik, saya sangat jahil. Tapi sebelum pergi kerja, saya akan baca seribu dinar… rakaat terakhir mesti akan sujud mohon supaya dilimpah rezeki yang banyak.
Mohamad Firdaus sedia ditegur sekiranya terdapat salah dan silap.“Menangis berdoa supaya diberi sedikit kesenangan… saya berjanji dengan Allah, kalau saya dapat, saya akan tolong org lain,” katanya sambil bersyukur doanya itu dimakbulkan Allah SWT sehingga mengecapi kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu bersama keluarga.
Menurut Mohamad Firdaus, apa yang diharapkannnya bukan makian dan cacian, tetapi teguran membina sekiranya terdapat salah silap bagi pihaknya demi kebaikan bersama.”Andai ada silap, tegurlah dan bukan maki. Tegurlah, saya terima. Tanyalah pada orang-orang yang pernah DM tegur saya, apa yang saya balas? Apapun, terima kasih semua,” katanya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Kredit -
Post a Comment