“Azmin Ali Bercita-Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri” Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

“Azmin Ali Bercita-Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri” Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

loading...

SHAH ALAM – Langkah Sheraton yang diatur oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menghalang Pakatan Harapan (PH) memerintah negara adalah bukti beliau juga bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Azmin Ali Bercita-Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri” Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya



Dr Mahathir dalam sebuah kenyataan berkata, beliau pasti Azmin sudah lama merancang perkara itu kerana menyedari bukan mudah untuk meyakinkan sembilan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai Langkah Sheraton itu.

ARTIKEL MENARIK:Kajian Statistik Menunjukkan Jumlah Perkahwinan Dan Perceraian Di Malaysia Sangat Mengejutkan!
loading...


“Azmin tahu jika sekadar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik diri dari Pakatan Harapan (PH), ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan PH. “Tetapi apabila Azmin ikut serta, maka secara langsung kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh,” katanya. 

 Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba meyakinkan beliau bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan beliau dan itulah sebabnya beliau bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain. 

 Tambahnya, ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP. “Ini kerana baginya (Azmin), paling penting ialah menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri. “Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi Perdana Menteri.


Loading...
loading...


“Sebab itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai ‘de facto’ Timbalan Perdana Menteri,” katanya. 

 Mengulas tentang tuduhan Azmin terhadap Dr Mahathir berkenaan isu pembentukan PN sebagai idea asalnya, beliau berkata, ia tidak benar kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara ‘en-bloc’. 

 “Jika saya merancangnya, mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima, sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang diakui sendiri oleh Azmin. “Jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar daripada PH sudah pasti orangnya adalah Azmin dan Muhyiddin yang mendapat hasil paling lumayan,” katanya. 

 kredit sinar harian

Kredit - Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post