(Video) 'Bila eksiden, salahkan yang melanggar' - Netizen geram ibu bapa biarkan anak bawah umur tunggang motosikal

(Video) 'Bila eksiden, salahkan yang melanggar' - Netizen geram ibu bapa biarkan anak bawah umur tunggang motosikal

Melihat kanak-kanak menunggang basikal yang tidak padan dengan saiz badannya, adalah satu kebiasaan. Tetapi apabila melihat kanak-kanak menunggang motosikal Honda EX5, yang jelas dan ketara sekali besar dari saiz badannya, itu adalah luar biasa.

(Video) 'Bila eksiden, salahkan yang melanggar' - Netizen geram ibu bapa biarkan anak bawah umur tunggang motosikal



Hendak kagum, jauh sekali, apatah lagi memuji kehebatan si cilik berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam sebuah video viral di media sosial hari ini. Ramai netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak lelaki itu.

ARTIKEL MENARIK:Tiada simptom tapi kanak kanak ini tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Mengejutkan sekali kanak kanak itu dilaporkan sudah tiada lepas 15 jam keluar dari hospital


Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak berusia lingkungan 9 tahun menunggang motosikal yang dipercayai milik keluarganya, sedang menunggu di persimpangan untuk masuk ke jalan utama.


Dengan tubuh badannya yang kecil itu, dia tidak dapat duduk di kerusi motosikal apabila berhenti dan terpaksa berdiri bagi mengimbangi motosikal tersebut. 


Apabila datangnya sebuah kenderaan pacuan empat roda yang ternampak kanak-kanak itu terus berhenti dan pemandunya bertanyakan sesuatu, tetapi tidak diendahkan dan dia terus bergerak mengikuti motosikal di hadapannya. 


Masuk saja ke jalan utama, kanak-kanak itu cuba melakukan aksi wheelie sebanyak empat kali tetapi tidak berjaya kerana saiz badannya yang tidak mengizinkan.



Loading...
loading...


Video itu dirakam oleh sekumpulan perempuan yang berada di persimpangan itu yang hanya ketawa melihat gelagat kanak-kanak terbabit yang mungkin tidak terfikir akan kesan dan akibatnya jika kanak-kanak itu terus dibiarkan menggunakan kenderaan itu tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. 


Orang tua kat rumah busy kot baca group Whatsapp diorang. Tak perasan anak bawak lari motor. Aduhh 🤦🏻 pic.twitter.com/SvnHy81rk0

— OH! MEDIA 🇲🇾 (@ohtweet) November 9, 2020


Di media sosial, netizen mula menyuarakan kebimbangan, ada yang meminta video itu disebarkan secara meluas agar sampai ke pengetahuan keluarganya. 




Sumber: Twitter Oh Media


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post