Pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.
Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Kerajaan baru umumkan PKPB di beberapa negeri. Berikut persoalan dan jawapan berkaitan perkara yang boleh dan tidak boleh semasa PKPB
BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.
Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.
Loading...
loading...
Sumber: Bernama
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment