Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil

Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 yang masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian memaksa Presiden Seniman, Zed Zaidi berniaga makanan tauhu begedil.

Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil



Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil berkata, dalam situasi yang mana pendapatan semua orang terjejas, dia terpaksa berniaga sebagai usaha meneruskan kelangsungan hidup.

ARTIKEL MENARIK:Ramai warganet kritik perbuatan Nabil seakan akan memerli kemunculan Diva AA . Lebih mengejutkan sekali Azwan Ali turut memuat naik satu tweet mengkritik kembali hos tersebut


“Dengan dua anak kembar yang makin membesar perlukan pelbagai kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk cari rezeki.

“Dalam masa sama, hujung tahun banyak akaun kerajaan sudah tutup dan projek kurang. Orang pun tak buat perniagaan besar masa Covid-19. Ini saja yang mampu buat setakat ini.

“Saya ambil inisiatif buat perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan Tauhu Begedil Begedul. Ini ‘trademark’ kepada perniagaan saya,” katanya kepada Harian Metro.



Loading...
loading...


Menurut Zed, dia meletakkan nama Begedul sebagai kelainan bagi membezakan produknya dengan yang lain.

“Idea ini tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Apabila isteri masak, saya nampak makanan ini boleh dijual supaya boleh dapat pendapatan dalam keadaan yang amat sukar sekarang.

“Sambutan amat menggalakkan. Jualan hanya dibuat setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu untuk tempahan dan penghantaran. Apabila sambutan meriah, kami buka tempahan dan jualan setiap hari. Orang dah rasa dan ulang tempah. Ia terlalu banyak dan pelanggan baru makin bertambah,” katanya.

Zed berkata, tauhu jualannya agak berbeza kerana dihasilkan daripada resepi warisan keluarga isterinya.

“Kicap sos diwarisi daripada nenek isteri dan rasanya memang sedap. Rezeki ini bukan untuk kami sekeluarga sahaja. Secara tak langsung ia turut menjana pendapatan kepada pekerja penghantaran makanan termasuk pembantu peribadi saya.

“Kadangkala saya sendiri yang terpaksa hantar kerana permintaan memang banyak. Alhamdulillah, sudah banyak kotak yang terjual setakat ini,” katanya.

Zed gembira kerana jualan tauhu begedil yang berharga RM10 itu mendapat respons positif daripada peminat, rakan artis dan rakan media.

“Tamat saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nanti, saya sasarkan nak pergi jauh lagi. Kemungkinan saya nak buka cawangan, kedai atau kilang,” katanya.

kredit harian metro


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------



Post a Comment

Previous Post Next Post