Resepi Kuih Koci Sedap

Resepi Kuih Koci Sedap

Assalamualaikum salam sejahtera kepada pembaca. Semoga hari ini semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria ya? okay baiklah hari ini saya nak share satu resepi warisan kita ni. Ha nak tahu resepi apa?

Resepi Kuih Koci Sedap



Resepi yang saya nak sharekan kepada anda adalah resepi kuih koci yang sangat sedap tau. Siapa peminat kuih koci ni mesti tahu rasa kesedapan kuih comel ni. Ha, siapa yang nak mencuba sendiri cara buat kuih koci boleh la tengok resepi ini. Marilah cuba ya.

ARTIKEL MENARIK:Popiah Bergedil Rangup dan Enak


Bahan-bahan (inti):
– 200g gula melaka
– 250ml air
– Daun pandan
– 1 sudu besar tepung pulut (dibancuh dengan air)
– 200g kelapa parut

Bahan-bahan (adunan tepung pulut):
– 150g tepung pulut
– 100g pulut hitam
– 1/2 sudu kecil garam
– 50ml santan
– 120ml air

Bahan-bahan (santan):
– 50ml santan
– 1/2 sudu kecil garam
– Daun pandan



Loading...
loading...


Bahan-bahan lain:
– Daun pisang (dilayurkan dan disapu minyak)

Cara-cara:
1. Untuk memasak inti, didihkan gula melaka dengan air dan garam.
2. Masukkan bancuhan tepung pulut dan kacau hingga sedikit pekat.
3. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga kering.
4. Untuk adunan tepung pulut, kisar pulut hitam hingga halus.
5. Gaul bersama tepung pulut, garam, air dan santan hingga terbentuk doh.
6. Untuk kuah santan, didihkan santan bersama garam dan daun pandan hingga pekat.
7. Bentukkan doh menjadi bebola, leperkan dan masukkan inti kelapa, dan bulatkan semula.
8. Tekankan ke atas daun pisang dan cedokkan kuah santan ke atas kuih koci.
9. Kukus 15 minit.
10. Siap untuk dihidang!

Kredit: Resepi Seismik Makan

Haa,macam mana best kan resepi kuih koci ini? Sekali rasa mesti nak lagi. Jadi marilah kita sama-sama membuat kuih yang sedap ini.


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post