Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap anda semua berada dibawah lindungan Allah S.W.T. Baiklah hari ini saya nak berkongsi tentang resepi rangup di luar dan lembut di dalam. Nak tau resepi apa?
Haa resepi yang saya nak kongsikan adalah resepi Popia begerdil. Kita asyik makan tauhu begerdil je kan. Kali ini kita akan membuat menu popia begerdil lagi sedap dan rangup tau. Bila makan boleh krup krap lagi tau. Ha tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi rare ini. Jom kita mulakan.
ARTIKEL MENARIK:Koleksi Resipi Aneka Jenis Kerabu Berkhasiat, Sedap & Mudah
Bahan Bergedel:
- Kentang direbus sampai empuk & dilenyek
- Mixed vege rebus/celur sekejap
- Ayam/Daging hancur yang dimasak
- Bawang goreng
- Daun Sup
- Lada sulah/lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
Gaul kesemua bahan, ikut banyak mana nak la ye.
Kulit Popiah:
- Gulungkan isi bergedel
- Gamkan hujung menggunakan air kosong
Loading...
loading...
Cara Masak:
1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana perlahan. Minyak betul-betul panas, celupkan popiah dalam telur dan masukkan dalam kuali.
2. Terbalikkan untuk masak yang sekata sehingga warna keemasan macam dalam gambar ni. Angkat dan tapis minyak.
3. Boleh hias dengan cili potong, bawang goreng dan makan dengan cili kicap. Marvellous! Hehehe.
Nota:
- Kalau buat lebih dan simpan dalam peti, keluarkan dalam 30-40 minit untuk kulit lembut semula sebelum goreng. Kalau keras kejung nanti mudah pecah masa goreng.
- Api pun kena control supaya tak mudah pecah semasa menggoreng.
- Tapi kalau dah buat lebih, jangan lupa bagi jiran sebelah rasa.
<span data-mce-type="bookmark" style="display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;" class="mce_SELRES_start"></span>
Kredit: Resepi Tebuan Channel & Resepi Bonda
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment