Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali sebagai Erra Fazira diijabkabulkan hari ini.Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan bukanlah figura ternama tanah air.
“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” tulisnya.Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Untuk Tempoh 12 Bulan Bermula Januari 2021
Majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.”Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.”Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.
Akhirnya Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Erra Tampil Bongkarkan Hubungan Nya Dengan Shahir. Rupa Rupanya Dlam Diam Ini Status Mereka Buat Warganet Terkejut.
ARTIS ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir. Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.
Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa. “Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.
“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra kepada MHE. Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.
Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah. “Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?
“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi. Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. Astro awani
Artikel berkaitan: “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya. Tapi…,”- Erra Fazira Throwback Kisah Lalu, Kini Bahagia Sama Anak
Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria. Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.
“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..” “Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.
Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran. “Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya.. gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.
“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..” “Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.
Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton. “Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”
“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.” “Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra. Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.
Awie akan imbas kembali percintaan dengan Erra Fazira
“PADA saya kita tak boleh menghalang untuk orang mengimbau, mengenang atau apa saja. Juga membuat spekulasi berkenaan konsert ini. “Saya juga tak boleh menghentikan mereka untuk berfikir begitu. Itu terpulang kepada mereka,” kata Datuk Awie mengenai pemilihan penyanyi dan pelakon cantik, Erra Fazira sebagai penyanyi undangan untuk konsert solonya, Romantika yang bakal mengungkit kembali kisah silam mereka.
Konsert sempena sambutan jubli perak 25 tahun pembabitan Awie dalam bidang seni itu akan berlangsung pada 15 Februari tahun depan di Stadium Malawati, Shah Alam. Awie, 51, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia sudah memberitahu Erra apa yang ingin disampaikan dalam konsert terbabit nanti.
“Niat di hati saya adalah untuk mengembalikan semula nostalgia itu. Orang lain berhak untuk menilai apa sahaja. “Tetapi di akhir konsert nanti mereka akan melihat sesuatu. Mereka akan faham apa tugasan kami. “Kami juga akan imbas kembali babak percintaan lalu tapi tidaklah ambil 100 peratus apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia hanya akan mengambil detik penting kisah mereka untuk ditampilkan dalam konsert berkonsep drama muzikal itu. “Contohnya, mulanya saya masuk menyanyi kemudian memperkenalkan Erra. Apabila dia masuk menyanyi, akan diselitkan satu drama.
“Menerusi drama ini barulah diperkenalkan penceritaan konsert itu nanti di mana ada babak romantik, tegang, ketawa dan sebagainya. “Lagu yang dipilih pula diambil kira bersesuaian dengan konsert. Kalau tiada yang sesuai, kami akan ambil lagu orang lain supaya kena dengan penceritaan konsert ini,” katanya.
Erra, 45, pula berkata, maksud Romantika sendiri sinonim dengan kisah percintaan mereka dan apabila tidak kesampaian, ia menimbulkan tanda tanya ramai. “Sehingga ke hari ini kami masih dihujani persoalan kenapa ia tak menjadi. Ada yang suruh saya kahwin dengan Awie dan ia kerja tak masuk akal kerana statusnya sekarang serta mempunyai lima anak.
“Dalam masa sama, kami juga contoh yang baik kepada orang ramai bahawa jikalau silaturahim atau perhubungan itu tak menjadi, tak bermakna kena bermusuh. “Malah mungkin siapa tahu kita boleh jadi kawan yang rapat,” katanya.
Awie pula berkata, konsert itu turut akan menjawab persoalan mengapa hubungan cinta mereka dahulu tidak kesampaian. “Ia bukan sahaja akan dijawab di pentas ini kerana ia hanya sedikit ‘teaser’ untuk saya bawa dalam sebuah filem nanti.
“Biar kita habiskan pada 2020 supaya orang faham,” katanya. Ditanya berkenaan perasaan serta penerimaan isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin terhadap gandingan bersama Erra, katanya, ia berjalan secara baik.
“Semestinya saya kena menjaga kedua-dua belah pihak terutama hati isteri dan anak. “Sebelum buat sesuatu perkara, biarlah saya selesaikan hal di rumah supaya jangan ada isu berbangkit di kemudian hari. “Isteri izinkan demi untuk melaksanakan perniagaan dan konsert ini. Saya amat bersyukur,” katanya.
Awie berkata, isterinya turut meminta diperkenalkan dengan Erra kerana dia mahu bergambar. Sementara itu, Awie memulakan sesi jelajah Konsert Awie Romantika ke selatan bermula hari ini hingga 7 Disember ini. Ia bermula pada jam 4.30 petang di Giant Hypermarket Mall, Senawang dan pada jam 8.30 malam pula di Menara Taming Sari Melaka.
Lokasi lain yang akan dikunjungi mereka ialah Batu Pahat Mall, Johor jam 4.30 petang dan Banafee Village jam 9 malam pada 5 Disember. Jelajah itu akan berakhir dengan sesi bertemu peminat di Angsana Mall Johor Bahru jam 3 petang pada 6 Disember.
“Berduka atau tidak itu adalah cerita saya” – Erra menyesal, anggap persengketaan dengan Umie titik hitam dalam hidup
PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menganggap kontroversi antara dia dengan pelakon Datin Seri Umie Aida sebagai titik hitam dalam hidupnya.Erra atau Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata, dia mengambil isu tersebut secara positif serta melihat ia sebagai pengajaran paling bermakna dalam menjadikan dirinya lebih baik pada masa hadapan.
“Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.”Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya hanya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.
“Banyak saya belajar dan ia satu pengajaran yang paling best dalam hidup. Apa yang berlaku, langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia ya bukan pelajaran tak bagus… Semuanya bagus bagi saya,” katanya kepada mStar.Erra jadikan ia sebagai pengajaran.Erra ditemui ketika majlis pelancaran program bual bicara Mingguan Wanita di Bens, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada 13 Jun lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya dikhi4nati seorang sahabat baik.Menerusi catatannya itu, Umie berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga.
Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.Erra dan Umie pernah bersahabat baik.Dalam pada itu, apabila ditanya adakah apa yang berlaku melukai hatinya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah memberitahu biarlah rasa duka itu disimpannya sendiri.
“Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal peribadi saya dan saya ada tempat untuk mengadu,” ujarnya.Bagaimanapun perbalahan antara Umie dan Erra akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kini sudah berbaik semula selain turut meminta warganet agar tidak bercakap mengenai hal ini.Umie berkongsi mengenai hal itu menerusi video bertarikh 14 Jun 2019 yang memaparkan kedua-dua mereka saling berpelukan.
Erra Fazira titip kata semangat kepada Laudya Cynthia Bella, akui Aleesya sangat sedih – “Tipulah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku”
Erra Fazira enggan ambil tahu masalah rumah tangga Laudya dan Engku EmranMESKIPUN mempunyai hubungan yang rapat dengan Laudya Cynthia Bella, pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan mencampuri hal rumah tangga aktres itu dengan bekas suaminya, Engku Emran.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, dia mengetahui masalah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan tersebut namun enggan bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu.Bagaimanapun penyanyi lagu Menangkah Cinta mengakui puteri sulungnya iaitu Engku Aleesya berasa sedih dengan perpisahan itu.
“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.Engku Aleesya sedih berpisah dengan Laudya.“Tipulah kalau saya tidak tahu mengenai permasalahan yang berlaku sedikit sebanyak tapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.
“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu. Aleesya lebih tahu pergolakan yang berlaku dan dia lagi sedih,” kata Erra kepada mStar.Erra ditemui ketika di majlis pelancarannya sebagai duta produk Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi laporan mStar pada 1 Julai lalu, Bella memberitahu keputusan
untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan dilakukan
secara baik.Bella menerusi program Insert saluran Trans TV, Indonesia
berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah
pihak dan dilakukan secara baik.
Erra Fazira titip kata-kata semangat kepada Laudya.Dalam
pada itu, Erra juga memberitahu dia ada berhubung dengan Bella dan
memberi kata-kata semangat kepada wanita itu.“Sebagai wanita kami ada
berbicara tapi hanya perkara-perkara umum. Tapi ada la sedikit sebanyak
memberikan nasihat cuma tidak begitu terperinci. Bella juga tidak begitu
bercerita lebih kepada saya.
“Memang kami rapat tapi tidaklah selalu berhubung. Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya melalui mesej sahaja. Tiada siapa yang mahukan perpisahan, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu.“Mereka dah cuba tapi itulah ketentuanNya. Saya pernah bercakap dengan bekas suami, tetapi tidak bercerita mengenai hal tersebut lebih lanjut. Apa yang diceritakan itulah yang saya kongsi.
“Dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji sebab Allah sayang dan ada la ganjaran itu. Bersabar sahaja la,” ujarnya.Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Erra Fazira.
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment