Baru sahaja dedahkan kekasih kepada umum. Kekasih Usop dikatakan kaki kikis oleh warganet dan ini jawapan padu dari Usop sendiri berkenaan kekasihnya

Baru sahaja dedahkan kekasih kepada umum. Kekasih Usop dikatakan kaki kikis oleh warganet dan ini jawapan padu dari Usop sendiri berkenaan kekasihnya

Lepas sahaja mendedahkan identiti dan wajah kekasihnya kepada umum,penyanyi Usop memberitahu wanita berkenaan menerima pelbagai kritikan daripada warganet termasuk digelar kaki kikis. USop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor 23,jelaskan kenyataan itu tidak tepat berikutan dia tidak mempunyai sebarang harta yang boleh dibanggakan.

Baru sahaja dedahkan kekasih kepada umum. Kekasih Usop dikatakan kaki kikis oleh warganet dan ini jawapan padu dari Usop sendiri berkenaan kekasihnya



“Pada awalnya niat saya berkongsi tentang dia kerana terlalu teruja dengan kejutan ulang tahun kelahiran saya. Belum pernah saya dapat sambutan seperti itu lebih-lebih lagi daripada orang tersayang.”Lagipun saya sudah berniat untuk menikahinya, jadi benda baik saya rasa tak perlu nak sorok-sorok lagi. Biarpun ada yang komen negatif, tapi saya tak kisah.

ARTIKEL MENARIK:Bekas Suami Kepada Ziana Zain Kinii Sudah Dihukvm Penj4ra


Kekasih Usop (kiri) bergambar bersama peminat.”Awal-awal lagi, saya dah nasihat yang dia akan berdepan dengan perkara ini apabila memasuki dunia hiburan. Ada yang kata dia nak mengikis saya.”Kikis apanya… saya rumah dan kereta pun tak ada lagi. Tapi dia saja tahu susah senang saya macam mana. Jadi, saya tak peduli apa orang nak kata,” kata Usop kepada mStar.

Sebelum ini, naib juara program Big Stage 2020 berkongsi foto dia bersama seorang wanita ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu.Menerusi laporan mStar 15 Oktober lalu, Usop mengakui dia sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai Big Stage 2020.

Kata Usop, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.Dalam pada itu, berkongsi mengenai lagunya berjudul Selamanya tidak layak melangkah ke Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35), Usop akui berasa sedih memandangkan sudah meletakkan harapan yang tinggi.

Usop sedih lagu Selamanya gagal ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.”Mungkin bukan rezeki saya berada dalam SFMM35 tetapi saya bersyukur dapat peluang untuk berlakon dan sekarang saya sedang menjalani penggambaran.”Buat masa sekarang saya nak cuba benda baru lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 ni, saya memang akan terima saja apa-apa peluang yang datang,” ujarnya.

Lama Sorokkan Dari Media Akhirnya USop Tayang Cinta Hati Anak Mami. Rupa Rupanya Dalam Diam Dia Dah Nak Tamatkan Zaman Bujang.

“Bagi saya, saya okay sahaja bila Teha pun berkongsi momen-momen bersama saya di laman sosial sebab saya tak pernah dapat kejutan macam tu dari orang yang saya sayang. Saya rasa sangat dihargai.“Selalunya kalau saya kata okay, baru dia akan post gambar kami. Tak mengapa saya nak repost foto tersebut di Instagram sebab saya nak jadikan momen itu sebagai kenangan,” ujar Usop ketika dihubungi Gempak.

Malah menerusi satu sesi siaran langsung Instagram pada malam yang sama, Teha turut mengakui sedang menjaliin hubungan cinta dengan pelantun lagu Pencinta Setiamu itu. Tambah Usop lagi, mereka sudah bertemu dengan keluarga masing-masing dan sememangnya sudah berhajat untuk menamatkan zaman bujangnya.


“Betul, saya memang sudah ke arah perkahwinan bila saya pun dah jumpa dengan keluarga dia dan keluarga kami pun dah saling mengenali. Lagi pun ini benda baik,” jelas anak kelahiran Kulim ini.

Di samping itu, Usop juga akan memberikan tunjuk ajar kepada buah hatinya tentang selok-belok dunia hiiburan. “Bila kami berkawan, automatik dia pun ceburi bidang saya. Memang dia baru lagi, dia pun takut nak masuk dalam bidang saya. Ada banyak benda dia perlu belajar,” jelas Usop lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via TTK



Loading...
loading...


Lepas Kecoh Tentang Isu Body Shaming Sherry Alhadad Tiba Tiba Usop Bongkarkan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Wanita Yang Jad Pilihan Hati Usop.

Naib juara Big Stage 2020 Usop mengakui niat sebenarnya untuk menyertai pertandingan ini adalah untuk berkahwin. Jelas Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, dia tidak mahu berahsia tentang status terkininya yang sudah mempunyai teman istimewa.

“Niat saya lama dah, buat apa saya nak rahsia-rahsia kalau ni benda baik. Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti terdahulu.  “Dia orang biasa sahaja tapi apa yang buatkan saya suka dia adalah sebab dia tinggi daripada saya. Dia orang Pulau Pinang, anak mami,” jelas Usop kepada Gempak. 

Usop ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambah Usop lagi, dia tidak mahu melambatkan proses mendirikan rumah tangga kerana berpendapat benda baik harus dipercepatkan. 

“Benda baik ni kalau kita buat lagi cepat, lagi bagus. Nanti saya akan kongsi.  “Malah, dia juga tahu yang ramai wanita yang mesej saya di Instagram (IG) dan dia juga sering juga membuka IG saya. “Saya tahu jaga diri, saya tak akan layan benda-benda begitu sebab saya setia pada yang satu,” ujarnya lagi. Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima. 

Semalam Ketika Di Big Stage Usop Terlepas Cakap Sesuatu Pasal Isu Ini Buat Ramai Yang Tak Puas Hati. Mengejutkan Nasib Usop Sempat Buat Ini Untuk Selamatkan Diri.

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020. Usop atau nama sebenarnya,  Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.

“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya, sebentar tadi.

Sherry pula menggangap perkara itu sekadar gurauan dan tidak mengambil hati terhadap ketelanjuran kata Usop terbabit. “Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gurauan,” ujar Sherry.

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecamman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga warganet menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shamming’. Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Keduanyanyian asal penyanyi Nabila Razali.


Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Instagram: @usopofficial, @sherry_alhadad

sumber : gempak

Tergamam Penyanyi Sandra Pergi Menghadap Illahi Pagi Tadi. Mengejutkan Ini Kata Kata Usop. Warganet Terkedu Sampai Macam Tu Sekali Usop Muatnaik Status.

SELEPAS kira-kira enam hari bert4rung ny4wa dalam wad Unit Raw4tan Rapi, Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya pergi menghadap illahi pada awal pagi Jumaat. Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni. “Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne pergi menghadap illahi pada pukul di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat. Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan di tempat persemadian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman.

Sandra mengalami kejadian yang tak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu.

Sandra akan dibawa pulang dan akan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah. Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini di jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan ketika dalam perjalanan mengadakan latihan sempena program Big Stage siaran Astro di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Akibat kejadian tersebut Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi dan keadaannya teruk sehinggalah dia pergi menghadap illahi pada Jumaat sementara individu bersamanya dalam kereta diraw4t di wad biasa hospital itu. Berita mengenai pemergian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.

Kata2 Usop

“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperju4ngan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Sandra.

Sumber : Mstar

‘Masya dah macam adik’ – Usop Mentor

PENYANYI kelahiran program realiti Mentor, Usop, 22, menafikan gosip dia bercinta dengan penyanyi Masya Masyitah kerana sering memuat naik gambar bersama di Instagram masing-masing ketika ini. Usop berkata, dia memang berkawan rapat dengan Masya tetapi tidak lebih dari rakan seperjuangan dalam bidang muzik.

“Saya memang selesa berkawan dengan Masya kerana kami berasal dari kampung yang sama di Kedah. Lagipun kami dari syarikat pengurusan sama iaitu Rocketfuel Entertainment. “Kami tidak bercinta kerana saya anggap Masya seperti adik kerana dia baru berusia 19 tahun,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Usop memilih Masya untuk menjadi pasangan duetnya dalam single terbaru selepas ini. “Saya memang ada perancangan mahu menghasilkan lagu duet dengan Marsya selepas ini. Ramai peminat yang menyukai gandingan kami kerana nampak serasi. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan dan perbincangan dengan pengurusan kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Usop yang juga bekas protege Hazama kini sibuk mempromosikan single kedua berjudul Selamanya.

“Alhamdulillah, ia mendapat sambutan baik peminat dan kini sudah mencecah lima juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

PENYANYI Usop, 22, sanggup menolak tajaan mana-mana pihak yang mahu membetulkan giginya. Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor berkata, dia lebih selesa dengan gigi dimiliki sekarang selain menyifatkan ia rezeki buat dirinya.

“Selepas terbabit dalam program Mentor Milenia 2017, boleh dikatakan hampir setiap hari ada orang DM (mesej peribadi) di Instagram suruh buat gigi. “Ada juga suruh pakai pendakap gigi. Tapi, saya fikir jika pakai, jenama saya sebagai Usop sudah tak sama. Jadi, tak perlu nak pakai pendakap gigi atau ubah.

“Kalau ada yang nak taja untuk saya betulkan gigi sekalipun, saya tak mahu. Saya selesa dengan gigi sekarang,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Usop memuat naik DM peminat di Instagram yang memintanya membetulkan gigi supaya kelihatan lebih kacak.

Menurut Usop, walaupun memiliki struktur gigi tidak sempurna, dia masih menjaga penampilan bagi menutup kekurangan dimiliki.

“Saya sedar diri. Bayangkan kalau saya betulkan gigi, suara akan berubah dan orang mengata pula. Sudahlah tiada rupa, suara pula tak sedap.

“Walaupun gigi seperti ini, saya tetap menjaga penampilan. Saya tetap wangi jika ke mana-mana. Kalau ada persembahan atau menghadiri mana-mana majlis, saya akan bersiap. Saya kena tunjuk dan bawa diri sebagai artis. Cukuplah dulu selekeh. Jadi sekarang perlu ada perubahan.

“Saya anggap penampilan ini rezeki. Bagi saya, setiap kekurangan ada kelebihan dan setiap kelebihan ada kekurangan,” katanya. Menurut Usop yang popular menerusi lagu Selamanya, dia sudah lali diejek kerana memiliki gigi persis watak kartun Usop Sontorian. “Dari kecil dan zaman sekolah lagi sudah diejek. Saya sudah lali pun. Jadi, tak perlu nak terasa. Apatah lagi sekarang, saya okay saja. Saya tetap percaya ada rezeki Allah dan kelebihan yang ada pada diri,” katanya.

‘Bukan mudah bergerak sendiri’

BAKATNYA mula digilap menerusi program Mentor Milenia pada 2017. Selepas memenangi tempat kedua program realiti terbitan TV3 itu, nama Usop Mentor seakan-akan tenggelam. Menurut pemilik nama sebenar, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 22, ini, dia mengakui perkara itu dan dalam tempoh satu setengah tahun selepas program itu berakhir, namanya memang kurang dikenali.

“Sebelum ini, karier nyanyian diuruskan ayah untuk undangan persembahan dan sebagainya. Bukan mudah bergerak sendiri kerana saya juga masih tercari-cari syarikat pengurusan untuk bernaung ketika itu,” katanya. Bagaimanapun, kata anak kelahiran Kulim, Kedah ini, dia kini mampu menarik nafas lega selepas bernaung bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah, karier seni lebih teratur sejak bernaung bawah pengurusan terbabit. Selepas single pertama Aku Yang Bersalah, single kedua Selamanya juga mendapat sambutan baik daripada peminat,”katanya.

Mengenai penampilannya pada konsert minggu pertama Mentor Milenia 2019, kata Usop, dia bangga kerana diberi peluang beraksi di pentas terbabit. “Program Mentor Milenia adalah ‘sekolah’ tempat saya mendalami ilmu nyanyian. Saya sangat bangga diberi peluang membuat persembahan pada malam konsert minggu pertama ini.

“Single kedua saya, Selamanya menjadi pilihan protege Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin pada persembahan konsert minggu pertama Ahad lalu sekali gus mempromosikan lagu ini kepada peminat. “Saya juga menaruh harapan lagu ini akan berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara lagu nanti,” katanya.

Sebelum menyertai Mentor Milenia 2017 lagi, Usop menyedari kekurangan pada dirinya berbanding penyanyi lain. Menurut Usop, dia tidak pernah berkecil hati dengan cakap-cakap orang yang memperlekehkan paras rupa dan penampilannya.

“Saya menyertai bidang nyanyian bersandarkan bakat dan bukan paras rupa seperti penyanyi lain. “Bukan mudah untuk bertahan kerana persaingan cukup sengit daripada ramai bakat baharu yang bagaikan cendawan tumbuh ketika ini.

“Saya tidak pernah mengalah kerana yang penting kerja keras untuk memperbaiki prestasi vokal dan persembahan sedia ada dari semasa ke semasa,” katanya. Mengulas perancangan single ketiga pula, kata Usop, ia masih dalam proses mencari material.

“Antara komposer yang saya mahu bekerja untuk single ketiga ialah Harry Khalifah dan Hang Nadim. “Selepas single demi single, baru saya merancang muncul dengan bingkisan album penuh pula,”Katanya. Terdahulu, single pertama Usop, Aku Yang Bersalah ciptaan Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi berjaya mencecah 12 juta tontonan di YouTube. Single kedua Selamanya pula ciptaan Ziin dan Bulan Penuh sudah mencecah lima juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan.

Oleh Ramlah Zainal
Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post