'Penglihatan semakin kurang jelas' - Mata Suhaimi Saad alami masalah kronik

'Penglihatan semakin kurang jelas' - Mata Suhaimi Saad alami masalah kronik

Bekas anggota kumpulan In Team, Suhaimi Saad, 40, dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga menjejaskan deria penglihatan dan pergerakannya.

'Penglihatan semakin kurang jelas' - Mata Suhaimi Saad alami masalah kronik



Lapor Sinar Harian, rutin harian bapa kepada empat anak itu kini banyak dibantu oleh isterinya, Ina Naim atau nama sebenar, Nordiana Mat Naim, 36.

ARTIKEL MENARIK:Cik B muat naik foto ootd terbaru. Kali ni Cik B berjaya buat orang ramai tergamam bia tahu harga barang yang dia pakai tu.


Walaupun mengalami masalah kesihatan, Suhaimi masih aktif melakukan kegiatan seni dengan memenuhi undangan persembahan nyanyian di sekitar Kelantan dan Johor Bahru. Suhaimi juga dikatakan bakal melancarkan single terbaru berunsur ketuhanan pada hujung tahun ini, dengan judul Zapin Selawat. 


"Lirik dan melodi lagunya sudah siap. Hanya menunggu untuk memasukkan vokal sahaja. Proses penghasilan sedikit terbatas kerana penglihatan yang semakin hari semakin kurang jelas, selain sakit kerana silau sejak saya berada di Kuala Lumpur lagi.


"Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan, nmanakala di luar Kelantan, saya mengupah pembantu," katanya. 



Loading...
loading...


Ditanya mengenai perihal keluarganya, Suhaimi berkata kesemua anak-anaknya masih diberikan pendidikan di rumah dan dididik oleh isterinya disamping beliau menjalani rawatan untuk memulihkan matanya, termasuk mencuba kaedah perubatan secara tradisional. 


Dalam masa yang sama, isterinya juga berniaga barangan kosmetik, pakaian di media sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan untuk membantu menambah pendapatan mereka sekeluarga. 


"Kehidupan kami sekeluarga di sini berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan dariapda ibu bapa Ina di Johor," katanya. 


Sumber: Sinar Harian


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post