Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B berjaya membuat orang ramai tergamam dengan outfit of the day yang bernilai lebih RM100,000 – daripada topi yang berharga RM100.00 lebih kepada jam tangan yang menyamai harga sebuah kereta.
Pada 2 November lalu, Cik B telah berkongsi gambarnya bergaya dengan baju kemeja warna biru di laman Twitter dan Instagram miliknya. Sejak itu, warganet tampil berteka teki dengan harga dan nilai setiap barangan yang diperagakan oleh Cik B.
ARTIKEL MENARIK:Dijangka disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021. Terkini Neelofa sah dirisik oleh PU Riz
Tidak mahu warganet terus tertanya-tanya, Cik B tampil menjelaskan nilai setiap barangan yang dipakai olehnya di laman Twitter – Topi TNTCO bernilai RM160.00, cincin berjenama Gucci bernilai RM5,500, jam tangan Omega bernilai RM85,000, beg tangan berjenama Louis Vuitton berharga RM13,000, kasut Nike Air bernilai RM1,300 dan cincin emas bernilai RM13,500. Jika dicampur, ia mencecah sehingga RM118,460.
Kebanyakan warganet tergamam dengan pendedahan Cik B, ada sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal mereka. Manakala yang lain pula bergurau dengan meminta untuk bekerja dengan Cik B.
Terdahulu, Cik B dikritik oleh orang ramai apabila mengenakan fesyen yang pelik, namun dakwaan itu ditepis oleh ibunya, Dato Vida. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: TheVocket.com
Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media
Sedih Sebab Ayah Kandung Tak Dapat Jumpa Cik B Dan Kacak. Individu Ini Sampai Sanggup Pergi Mahkamah. Tergamam Hanya Permintaan Ini Yang Beliau Harapkan Dari Ds Vida.
KOTA BHARU – Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mengatakan dia dihalang berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.
Mohd. Amin Yasin, 42, mendkwa, kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit. Menurutnya, dia mengakui bahawa amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang slngkat. “Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syarlah di sini hari ini.
Susulan daripada itu, Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu daripada Datuk Seri Vida sebagai dfendan dua minggu lalu di Mhkamah Syarlah di sini. Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.
Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini. Mohd. Amin dalam llnangan air mata turut mendkwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.
“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka. “Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya sebak.
Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan. Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, pergi menghadap illahi dalam kejadlan tak diingini di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Mohd. Amin sah berpisah dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu kira-kira lapan tahun mendirikan rumah tangga. Dia yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd Rahman,53, pada bulan November dua tahun lalu.
Sementara itu, Hakim Mhkamah Tinggi Syarle, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kess. Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak. Tambahnya, beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plalntif dan defendan turut hadir dalam prosiding tersebut.
Sumber : KosmoOnline/IGDSVida
Terkini Cik B Jadi Buah Mulut Warganet Gara Gara Imejnya. Sampai Ada Yang Minta Dato Vida Ambil Perunding Imej Untuk Cik B. Sekali Cik B Bersuara Memang Win Habis.
Usahawan muda Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, jadi perhatian wargamaya apabila gaya pemakaiannya menerima teguran ramai. Menerusi laman sosial Instagram, ibunya Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi foto terbaru anaknya itu untuk tatapan peminat.
“Tengoklah OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah. Hip hop + gils + bling dah,” tulis DSV di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, Cik B mengenakan dress kuning yang dibutangkan senget di tengah dengan inner bewarna putih serta bercelana hitam.
Tambah menarik, Cik B turut menggayakan beg berjenama mewah Christian
Dior yang dipakai di bahagian depan. Malah, Cik B turut tinggalkan
ulasan tentang fesyennya di ruangan komen foto tersebut.
“Yang tak tahu ni fesyen apa, ni fesyen ‘suka hatiku lah’,” balas Cik B.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan teguran tentang imej pilihan Cik B. Namun, tidak kurang juga ada yang memuji pemakaian Cik B dan meminta dia untuk jadi diri sendiri. “Tiba-tiba nampak gambar ni di feed, speechless. Kesian pun ada,” komen seorang wargamaya.
“Nakal molek Cik B. Takpe Cik B, pelan-pelan. Ada duit semua boleh.
Nanti dah dewasa cantik molek la tu,” sokong seorang wargamaya. “OMG,
dia perlukan perunding imej dalam kadar segera,” tegur seorang
wargamaya.
“Pakai macam orang ramai
ramai dah la, jangan pelik pada orang, sedih tengok,” kata seorang wargamaya. “Datuk, upahlah penata gaya untuk Cik B,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Tular Tentang Seorang Remaja Perempuan Yang Bawa Kereta Tanpa Lesen Sama Macam Cik B. Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Dato Seri Vida Tampil Bagi Respon Pada Buat Warganet Terkedu.
Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.
“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.
“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. “Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya. Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.
Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Mengejutkan Cik B Tetiba Upload Rakaman Yg Dia Tengah Hisap Rokok Di Laman Ig Nya. Tergamam Ini Yg Dato Seri Vida Lakukan Bila Dpt Tahu Tentang Kelakuan Anknya Itu.
Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape. DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.
“Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling… Tapi yang penting… Cik B dah berjinak jinak dgn foundations… Kreatifnya dia punya imaginasi… Kejut mama tengok,” tulis DSV. Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.
Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape. Selepas melakukan aksi menghisap ‘vape’, Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya. Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.
Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati warganet, terutamanya pengikut laman Instagram DSV. Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut. Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya.
Foto: Instagram @datoserivida
Artikel lain : Mana ada rappers pakai macam ni. Tergamam Dato Vida belanja gambar Cik B yg cun melecun.
Ramai mungkin sudah melihat gambar cover hadapan majalah Nona yang viral baru-baru ni, menampilkan Cik B iaitu anak kepada Dato’ Seri Vida kelihatan lebih feminin dan berpenampilan vogue dengan dress lip lapnya. Foto muka hadapan majalah ni obviously mendapat pujian ramai warganet,
yang mana rata-rata suka dengan rupa Cik B yang baru ni. Bukan saja warganet tau yang teruja, DSV sendiri pun apatah lagi siap kongsikan gambar tu di ig! “Hambekkk… mana makcik bawang yang selalu dok kutuk Cik B?”
Menerusi perkongsiannya, sebagai ibu yang berbangga dengan perubahan anak, DSV mempersoal kritikan orang ramai selama ini terhadap Cik B yang rata-rata mengatakan anaknya itu tidak reti berfesyen, berkulit gelap dan kurang feminin.
Namun penampilan Cik B dalam cover Nona ni ternyata berbeza malah dia kelihatan lebih classy dan vogue tau! “Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu, tak yakin diri….” tulis Dato’ Seri Vida. “Inilah pertama kali Cik B menyarung dress lip lap”
Dalam pada itu, managing editor bagi majalah Nona, Kiffy Razak juga sempat berkongsi gambar Cik B dan DSV dari sisi lain sambil memberitahu yang inilah kali pertama anak muda yang masih di bangku sekolah ni menyarung baju lip lap tersebut tau!
Yelah kan sebelum ni Cik B macam rappers sikit. Mana nak pakai dress… So ada yang masih nak kutuk Cik B lagi tak? Siapa kata Cik B tak lawa? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:Lobak Merah
Artikel lain : Nak jadi pm sangatkan. Terkejut Dato Seri Vida selamba membahan Dato Aliff yg menyibuk dgn kehidupan org. Nak jadi wartawan sangat.
Sebelum ini tak selesai lagi isu ‘live’ dengan isteri Abam, kali ini Datuk Aliff Syukri menerusi laman Facebook katanya sedang mencari jalan bagaimana dia boleh menemuramah dua individu penting negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekoran itu, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau mesra disapa DSV memuat naik sebuah video ‘mengkritik’ tindakan Datuk Seri Aliff Syukri. Video tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
DSV menunjukkan potongan ayat Aliff meminta cadangan sama ada dia harus menemu bual Tun M ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan kerisauan orang ramai terhadap isu politik yang sedang melanda. DS Vida: PESAL KO PULAK YG TERHEGEH NI??!! Adoi sedeyhhh weh…Nak jadi apa ni si Dato Aliff oii?? Staro diva saya pun
Masih waras.. sedar diri lagi. Bukan nk menyibok Tapi duk diam diam la, ASYIK NAK JAGA DALAM KAIN ORANG jerr ,Hu hu kadang kadang sy kena tegur jugak Bnda macam ni Sbb tak pasai pasai orang samakan saya Dgn dato aliff @aliffsyukriterlajaklaris
Sayang sayang. Cer citer… Asal ada viral jer nk live Nak menempel ni?? PM IKAT TEPI JER LAA – Ha ha.. Jangan marahh yerr, Gurau jerr @aliffsyukriterlajaklaris. Jawab jgn tak jawab Sentap jgn tak sentap yerrr.. hu hu muah . JANGAN CEPAT KOYAK YE.. NAK JADI PM KAN.. NAH PM IKAT TEPI.WARTAWAN CNN JANGAN HAWAUU YE.
“Aliff Syukri, banyak lah kau punya hal, nak jadi ‘wartawan CNN’, nak buat live interview Tun M atau Datuk Seri Anwar? Tutuplah CNN TV, lepas tu nak jadi Perdana Menteri? Berniaga sudahlah! Banyaknya cita-cita, nak jadi wartawan, nak jadi Perdana Menteri. Apa yang awak cari lagi dalam hidup awak lagi ya? Semua dah ada, berniaga dah berjaya, duit banyak, kepuasan apa lagi awak cari?” kata DSV dalam video tersebut.
“Jangan marah ya, gurau je @aliffsyukriterlajaklaris jawab jangan tak jawab, sentap jangan tak sentap ya,” tulis DSV di ruangan kapsyen.Namun begitu, kecaman DSV tidak kelihatan terlalu serius kerana teguran itu disampaikan dalam bentuk gurauan. Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan respon berbentuk jenaka, ada juga yang mengatakan cadangan temu bual itu tidak ditulis oleh Aliff, sebaliknya hanya ‘troll’ dari warganet.
Sebelum ini, gelagat DS Aliff Syukri dan DS Vida yang berbalas video, berkenaan tips serta cara betul untuk membela ikan dalam skala besar untuk sebuah kolam. Ceritanya bermula bila ratusan ikan dari spesis kelah emas yang dibela oleh Aliff Syukri dilihat telah tiada disebabkan kekurangan oksigen.
Dato Seri Vida telah berkongsi video tentang cara untuk membela ikan yang betul kepada Aliff Syukri bagi ikan komersial itu.Tetapi, lain pula yang terjadi apabila terdapat sindiran dan bahan membahan di antara mereka berdua semalam. Turut dikongsi oleh DS Vida berkenaan video pendek hasilan daripada suntingan warganet yang telah mend@kwa Aliff sepeti telah kantoi berkenaan tahap kedalaman kolam ikan yang terdapat di rumahnya itu.
Macam-macam hal la pula dengan perangai usahawa jutawan ini. Semoga mereka tetap baik sahaja bersahabat. Netizen juga turut terhibur dan geli hati dengan kedua mereka ini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit:Gempak via apampink
DSV Pancing Anknya Cik B Nk Belikan Kereta Mercedes Berharga 3.2 Juta Tapi Bersyarat. Terkejut Cik B Bila Tahu Syaratnya.
UMUM mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sentiasa memberi dorongan kepada anak perempuannya, Cik B untuk tampil lebih feminin, kurus dan putih. Namun perbualan dua beranak itu di aplikasi WhatsApp yang dikongsi Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di Twitter ternyata mencuit hati warganet.
Tweet Cik B dengan kapsyen ‘Camna nak kuruskan badan?’ mendapat lebih 25,000 ulang kicau dan 37,400 tanda suka di platform media sosial itu. Menerusi paparan skrin mesej tersebut, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menawarkan untuk membelikan kereta mewah jenis Mercedes Brabus G79 6×6 yang berharga RM3.2 juta kepada anaknya itu.
Paparan skrin mesej Vida yang dikongsi Cik B di Twitternya menjadi tular.
Namun Cik B perlu mengikut syarat ditetapkan sebelum permintaan itu ditunaikan ibunya. “Mama beli untuk Cik B nak? Asal Cik B kurus & putih ye,” tulis Vida. Vida ketika dihubungi mStar turut mengesahkan dia serius dengan tawaran tersebut.
“Saya serius… saya memang nak dia kurus. Jadi saya beri dia tempoh lima bulan dari tarikh hari tu sebab dia dah cakap OK. Lagipun saya suka tengok dia naik kereta besar. Awalnya dia suka kereta Hummer tapi Hummer tu bergegar-gegar. Jadi kereta yang macam jeep, ganas macam tu (Brabus) memang sesuailah untuk dia,” katanya.
Kereta mewah itu dianggarkan berharga RM3.2 juta.
Meskipun harga kereta tersebut terlalu mahal, Vida bagaimanapun tidak kisah asalkan Cik B boleh memenuhi permintaannya itu.
“Harga tu boleh tahan tapi tak pelah janji Cik B boleh kurus, putih. Saya mahukan dia kurus secara sihat. Saya tak nak jenis potong-potong usus sebab benda tu bahaya. Jadi first sekali Cik B cakap dia nak pakai braces dulu so dia boleh control makan,” katanya.
Saya serius… saya memang nak dia kurus. Jadi saya beri dia tempoh lima bulan dari tarikh hari tu sebab dia dah cakap OK. HASMIZA OTHMAN, Usahawan kosmetik, Pada masa sama, Vida turut mendedahkan dia berhasrat untuk mengupah seorang jurulatih kecergasan bagi membantu Cik B merealisasikan hasratnya itu.
“Sebenarnya sebelum ni dia dah ada fitness trainer tapi tak tegas. Bila Cik B kata penat, tak naklah jadi dia pun ikut je. Jadi saya kena cari yang lain pula. Saya kena buat interview dan prefer trainer perempuan,” katanya. Vida memberi tempoh masa selama lima bulan kepada Cik B untuk memenuhi permintaannya itu.
Susulan itu, ramai berkongsi petua dan tips dengan Cik B untuk kurus dan memutihkan kulitnya demi mendapatkan kereta yang ditawarkan ibunya itu. “Try buat intermittent fasting (IF) Cik B. Pastu minum air banyak dooh. Malam jangan makan stop at 7 and slowly cut sugar. Jangan lupa buat cardio sikit-sikit,” kata Chibimun.
“Cik B kalau nak kurus jangan diet secara extrem tau. Cuba kurangkan nasi dalam setiap meal, kurangkan juga lauk pauk tu. Makan sayur, minum air banyak-banyak. Lepas tu exercise 3 kali seminggu. Kalau consistent setahun InsyaAllah kurus,” katanya Ipan
Sementara itu, terdapat warganet yang terkejut dengan tawaran Vida terhadap Cik B. “Tanya macam nak beli kereta mainan je guys… punya selamba,” kata Aiskrim KitKat. “Nak kereta ni? Tanya macam nak belikan kereta control je,” kata Farr.
SUMBER : MstarKredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment