Seorang ibu tergamak melemaskan dua anak perempuannya dan kemudian mengatakan organ-organ mereka amat bernilai (jika dijual di pasaran gelap), demikian kata polis kepada media.
Amanda Jefferson, 26, dituduh membuat kenyataan mengerikan itu selepas membunuh dua anak perempuannya, Rose Singleton, berusia satu tahun dan adiknya, Lily, yang baru berusia dua bulan, ditemui mati di kediaman mereka di Las Vegas pada Jumaat lalu, 6 November 2020.
ARTIKEL MENARIK:Badan melecur akibat handphone yang diletakkan di bawah bantal terbakar
Mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan bertindih di dalam buaian oleh bapanya, Jaykwon Singleton, yang kemudian menghubungi polis. Polis berkata, pihak operator bagi talian kecemasan 911 dapat mendengar dengan jelas apabila Singleton bertanya kepada Jefferson apa yang dia telah lakukan yang kemudian menjawab dia telah melemaskan dua beradik itu.
Si ibu dikatakan memukul suaminya setelah lelaki itu pulang ke rumah dan mendapati dua anak mereka sudah tidak bernyawa. Jefferson juga berkata, organ-organ dua anaknya itu sangat berharga.
Menurut Singleton yang mendirikan rumah tangga dengan Jefferson sejak 2018 berkata, isterinya mula berkelakuan tidak menentu kira-kira dua minggu lalu sebelum kejadian itu. Dia didakwa mula bercakap mengenai 'dunia roh' dan menuduh Singleton menipunya dan isterinya yang lain (isteri alam ghaib).
Namun, Singleton berkata isterinya kelihatan kembali normal pada malam sebelum dua anaknya itu dibunuh.
Semasa disoal siasat polis, Jefferson menafikan dia mempunyai anak dan tidak mengenali Singleton. Dia mendakwa ada seseorang yang telah menyelinap masuk ke kediamannya dan merancang semua 'kehidupan palsu' itu.
Singleton menafikan dia terbabit dalam pengambilan dadah mahupun alkohol.
Jefferson kini berdepan dengan dakwaan membunuh dan dijatuhkan hukuman pada pagi Selasa. Polis sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan motif pembunuhan dua beradik itu, serta tiada pengesahan terhadap dakwaan dua mangsa terbabit meninggal dunia akibat dilemaskan dengan sengaja.
Sumber: Daily Star
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment