Badan melecur akibat handphone yang diletakkan di bawah bantal terbakar

Badan melecur akibat handphone yang diletakkan di bawah bantal terbakar

Seorang lelaki berusia 53 tahun melecur di bahagian tangan kiri dan bahunya selepas telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal, terbakar secara tiba-tiba meskipun tidak dicas pada waktu itu.

Badan melecur akibat handphone yang diletakkan di bawah bantal terbakar



Dalam kejadian yang berlaku di Kerala, India, mangsa yang dikenali sebagai Chandra Babu sebelum itu sedang tidur di rumahnya dan telefon bimbit jenama Nokia itu diletakkan di bawah bantal.

ARTIKEL MENARIK:Keluarga Bawa Pulang Seekor Buaya Dianggap Kembar Manusia, Ia Dilayan Dengan Baik, Tidur Dalam Rumah Atas Tilam


Lapor 91 Mobiles, telefon bimbit itu dibeli oleh Chandra Babu pada empat tahun lalu, 2016 dan ia merupakan telefon bimbit Nokia yang biasa di mana pengguna masih perlu menggunakan keypad. 


Secara tiba-tiba telefon bimbit itu terbakar dan menyebabkan bahagian belakang tangan kiri dan bahu Chandra Babu melecur. Mangsa percaya, telefon bimbitnya itu mengalami kepanasan melampau sehingga terbakar berdasarkan keadaan bateri peranti itu yang sudah bengkak. 



Loading...
loading...


"Saya pulang ke rumah selepas menempuh perjalanan jauh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum, dengan pelanggan. Saya sangat letih dan tidur seketika. Bila bangun, saya rasa sakit di bahagian bahu kiri dan bila tengok di atas tilam, telefon bimbit saya terbakar dan sempat melihat percikan api dari peranti itu," kata pemandu beca roda tiga itu. 


Semasa kejadian, Chandra Babu seorang diri di rumah dan tidak memakai baju ketika kejadian itu berlaku. Chandra Babu segera menolak telefon bimbit itu ke lantai dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Mangsa menasihatkan orang ramai untuk tidak meletak telefon bimbit di bawah bantal ketika tidur bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post