Rasanya dah hampir seminggu sejak Aishah bawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35). Tapi, tak habis lagi netizen dok komen tentang persembahan beliau sampai Aishah dah naik letih nak layan!
Kalau sekadar komen dan kutuk teknik vokal atau persembahan, Aishah okay lagi. Tapi, kalau dah sampai libatkan hal peribadi, siapa yang tak terasa hati, kan? Kata Aishah, dah 35 tahun beliau dalam industri, ini yang paling beliau terasa dan tak boleh dilupakan.
ARTIKEL MENARIK:Mngsa dkwa nak ubati penyaklt mvrung akhirnya dir0g0l… P0lis t4han Da’i Syed bantu slasatan
“Komenlah perkara-perkara yang berkenaan secara berhemah bukannya sesuka hati memaki hamun, menghina sehingga menjatuhkan maruah seseorang.”
“Kadang-kadang ada masanya terdetik dalam fikiran, buruk dan berdosa sungguhkah saya ini pada pandangan mata mereka.” – luahnya.
Aishah juga ada sebut yang mungkin hal ini berlaku kerana perbezaan era. Zaman beliau dulu, nak menegur pun, kena ada adab dan tatasusila yang perlu dijaga lagi-lagi kalau nak bercakap dengan orang yang lebih tua. Kena ada rasa hormat. Tapi, sekarang?
Aishah juga berpendapat yang kewujudan social media sekarang menyebabkan netizen bebas untuk kata apa-apa je. Nak tak nak, pihak berwajib perlu buat sesuatu seperti ketatkan akta untuk kawal penggunaan social media dalam kalangan netizen, supaya tidak berlebih-lebih. Yelah, dari orang tua sampailah ke budak kecil, semuanya ada social media. Tak kan nak biasakan mereka dengan budaya yang tak elok?
“Beri saya ruang dan masa untuk bertenang. Saya sudah cukup penat dengan semua ini. Netizen sekarang benar-benar kurang ajar.” – katanya.
Memang kalau ikutkan, peluang untuk nyanyi lagu Tokti adalah peluang yang sangat berharga bagi Aishah. Tapi tak sangka pula yang ia turut jadi satu pengalaman yang buruk. Bahkan, kalau lagu tersebut terpilih ke peringkat akhir, belum tentu lagi Aishah yang akan nyanyikan.
“Semua ini, bukan bermaksud saya merajuk apatah lagi menarik diri. Tetapi apa-apa pun kita tunggu sahaja. Jika ada rezeki dapat melangkah ke peringkat akhir, biarlah pihak label yang membuat keputusan.” – tambahnya.
Hm, kalau layan sangat kata-kata netizen, memang sampai ke sudah tak settle Kak Aishah. Biarkan je, jangan dilayan. At the end of the day, bukan diorang yang bagi Kak Aishah makan. As long as Kak Aishah dah buat yang terbaik, yang lain semua serah dekat Allah sahaja. Kalau dah memang tertulis rezeki Kak Aishah, tak ke mana.
Kredit: Kosmo!
Kredit - Oh! Media
Post a Comment