'Mulut jaga sikit, jangan main bangsat kat sini' - Ali Puteh sound netizen yang komen biadab di gambar anaknya

'Mulut jaga sikit, jangan main bangsat kat sini' - Ali Puteh sound netizen yang komen biadab di gambar anaknya

loading...

Pelawak Ali Puteh bengang selepas ada netizen memuat naik komen yang tidak wajar di ruangan komen gambar anak lelakinya yang baru berusia dua bulan, di Instagram.

'Mulut jaga sikit, jangan main bangsat kat sini' - Ali Puteh sound netizen yang komen biadab di gambar anaknya



Tujuh hari lalu, Ali memuat naik gambar anaknya, Syed Umar Iskandar di Instagram untuk dikongsikan bersama peminat. Tetapi tindakan netizen bernama Mr Roy Richie memuat naik komen, "Hope dia tak ikut perangai Ali" mengundang kemarahan pelawak itu.

ARTIKEL MENARIK:Mngsa dkwa nak ubati penyaklt mvrung akhirnya dir0g0l… P0lis t4han Da’i Syed bantu slasatan
loading...


"Mulut jaga sikit, jangan main bangsat kat sini. Anak aku kau kata tu. Ingat ehhh, jangan bangsat kat sini. Aku pesan lagi sekali, anak aku (yang) kau kata tu. Kau bagus sangat ke? Esok anak kau tu pulak. Jangan main bangsat eh Melayu," balas Ali pada komen tersebut. 


Ali turut memberi amaran kepada seorang lagi netizen yang dianggapnya memuat naik komen yang berunsur penghinaan. 


"Dah tua-tua mulut jaga sikit makcik. Makan penampar mulut tu pecah nanti. Jangan kata anak aku makcik, esok makan penampar lurus mulut tu makcik. G sembahyang, doa panjang umur. Esok-esok nak mati dah. G jaga amal lagi baik dari mengata sana sini makcik. Ingat eh, mulut jaga makcik, mau aku sental dengan cili api nanti," tulisnya. 




Loading...
loading...





Beberapa netizen yang lain menasihatkan Ali untuk tidak melayan komen-komen toksik tersebut. Umum tahu komen dua netizen berkenaan cuba membuka semula kes yang melibatkan Ali dengan bekas kakak iparnya. Namun, hal itu telah pun selesai di mahkamah dan tidak sepatutnya diungkit. 


Seperti yang netizen katakan, jika ada yang tidak menyukai Ali sekalipun, usahlah membabitkan anak-anaknya. Jika tiada kata-kata yang baik untuk dikomen, eloklah berdiam diri dari menyakitkan hati orang. Jadilah netizen yang bertanggungjawab.

Kredit - The Reporter



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post