Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

loading...

Kangar: Seramai 18 lelaki termasuk tiga warga Thailand direman antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman



Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan polis bagi menyiasat semua suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:6 polis larikan wang tunai RM1.6 juta
loading...


Tiga lelaki warga Thailand yang ditahan polis dalam operasi khas sejak semalam direman selama tujuh hari, manakala 15 warga tempatan direman empat hari.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Difahamkan, warga tempatan ditahan itu menjadi antara ahli sindiket penyeludupan dadah dan ketum yang aktif di sempadan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, semua tangkapan dibuat di sekitar negeri ini mulai 7 pagi semalam.

Loading...
loading...


Beliau berkata, semua suspek dipercayai menjadi anggota sindiket penyeludupan ketum yang mempunyai kaitan dengan sindiket di negara jiran.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi semalam, anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.

ANGGOTA polis mengiringi tiga lelaki warganegara Thailand untuk perintah tahanan reman. FOTO AMRAN HAMID
ANGGOTA polis mengiringi tiga lelaki warganegara Thailand untuk perintah tahanan reman. FOTO AMRAN HAMID

Kredit - hmetro



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post