KUALA TERENGGANU – Walaupun pemergian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu sudah lima hari berlalu, namun keluarga mangsa masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya, Zaini Muda, 54.
Ismail Muda, 58, berkata, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar menimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham.
ARTIKEL MENARIK:'Seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu' - Kerajaan kaji cadangan benarkan pencarum keluarkan dana dari Akaun 1 KWSP
“Memang isteri melihat jenazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah).
“Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggal di hospital sebab demam panas.
“Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini pagi tadi.
Beliau berkata, sehingga hari ini, isterinya sering kelihatan tercari-cari Allahyarham yang sentiasa berada di sampingnya sebelum ini.
Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersedia memberi khidmat kaunseling kepada ahli keluarga tersebut agar tidak terlalu tertekan dengan tragedi terbabit.
“Selain itu, kami akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban keluarga terutama bantuan lampin pakai buang untuk kegunaan Zaini,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham.
Dalam kejadian awal November lalu, seorang remaja perempuan yang menjaga ibunya terlantar sakit ditemui mati di ruang tamu rumahnya dipercayai dibunuh dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa, Siti Nor Surya Ismail, 19, ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian ruang tamu rumah tersebut dengan pergelangan tangan kirinya putus dan kesan kecederaan lain pada bahagian muka serta badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan mayat mangsa ditemui adik bongsunya yang berusia 15 tahun sebaik pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.
Sumber : SH
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment