Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya.

Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya.

KUALA TERENGGANU: Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan moral dan mendoakan kesihatan ibu remaja terbabit yang menghidap kanser otak tahap tiga.

Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya.



Bapa Allahyarhamah mangsa pembunuhan kejam, Ismail Muda, 58, berkata sokongan moral dan doa rakyat Malaysia sama ada yang dizahirkan secara terus atau media sosial membuatkan keluarga berkenaan terharu di atas keprihatinan masyarakat terhadap keluarga mereka.

ARTIKEL MENARIK:Mereka yang layak, boleh daftar BPR sebelum hujung Januari 2021


“Berkat doa pelbagai pihak, keluarga saya kini semakin kuat untuk menerima ketentuan yang sudah ditetapkan Allah terhadap arwah anaknya walaupun ia pahit untuk ditelan.

“Keadaan isteri sekarang juga sudah banyak berubah, walaupun masih tidak memahami apa yang berlaku, namun dia kini sudah mampu senyum dan berinteraksi dengan orang yang tidak henti datang ke rumah.

“Setiap hari ada orang datang, ada yang saya kenal dan ada yang tidak dan mereka datang kerana simpati atas kejadian yang menimpa arwah anak selain menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Katanya, keadaan isterinya, Zaini Musa, 55, kini sudah banyak berubah, malah wanita itu seakan memahami apa yang berlaku dan faham setiap patah perbualan yang dituturkan kepadanya.



Loading...
loading...


“Dia sudah boleh senyum dan berkata-kata walaupun sepatah-sepatah. Semua ini berkat doa rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya supaya kembali pulih.

“Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya dan berharap hukuman seadil-adilnya dikenakan kepada pembunuh anaknya.

Tinjauan sepanjang berada di rumah berkenaan mendapati seluruh keluarga masih trauma dengan kejadian itu walaupun ia sudah lapan hari berlalu.

Suasana sedih masih menyelubungi keluarga berkenaan yang kini kembali menetap di rumah datuk Allahyarham Siti Nur Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini.

Sebelum ini melaporkan, Allahyarham Siti Nur Surya, 19, ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nurliyana Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Sumber : BH


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------


Post a Comment

Previous Post Next Post