“Doktor Maklumkan Saya Boleh Meninggal Dunia Secara Mengejut,”.- Bob Lokman

“Doktor Maklumkan Saya Boleh Meninggal Dunia Secara Mengejut,”.- Bob Lokman

loading...

Kuala Lumpur: “Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,”.

“Doktor Maklumkan Saya Boleh Meninggal Dunia Secara Mengejut,”.- Bob Lokman



Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatannya kini.

ARTIKEL MENARIK:'Bila ditanya, takkan nak menipu?'
loading...


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya ketika zaman kegemilangannya di kaca TV mengguris hati.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Bob berkata, dia baru dibenarkan keluar hospital hari ini selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.

“Saya menngalami masalah jantung sejak 1998. Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.

“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya yang kini berada di Kelantan.



Loading...
loading...


Katanya, selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.

“Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung,” katanya.

Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.

“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.

“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya.

Ahad ini, Bob akan menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

kredit harian metro


Kredit - Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post