Dilaporkan China temui COVID19 pada daging lembu import dari tiga negara ini. China. Pihak berkuasa dari China dedahkan punca barangan tersebut dikesan mengalami virus tersebut

Dilaporkan China temui COVID19 pada daging lembu import dari tiga negara ini. China. Pihak berkuasa dari China dedahkan punca barangan tersebut dikesan mengalami virus tersebut

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Jinan, sebuah bandar di wilayah timur China dilapor telah mengesan COVID-19 pada daging dan perut lembu yang diimport dari pelbagai negara.Menurut laporan Reuters, virus itu turut dikesan pada plastik bungkusan makanan sejuk beku itu yang diimport masuk daripada Brazil, New Zealand dan Bolivia.

Dilaporkan China temui COVID19 pada daging lembu import dari tiga negara ini. China. Pihak berkuasa dari China dedahkan punca barangan tersebut dikesan mengalami virus tersebut



Kesemua produk tersebut dibawa masuk menerusi pelabuhan kastam Yangshan di Shanghai dan beberapa lokasi lain.Susulan penemuan itu, lebih 7,500 petugas yang mempunyai kontak dengan produk tercemar itu telah diarahkan menjalani ujian saringan. Keputusan ujian bagaimanapun mendapati kesemua mereka negatif COVID-19.

ARTIKEL MENARIK:Saintis Islam Terkini Berjaya Hasilkan Vaksin COVlD . Allahuakbar


Pihak berkuasa China minggu lalu turut dilapor menemui virus itu pada bungkusan produk makanan udang yang dibawa masuk dari Arab Saudi selain daging lembu Brazil dan Argentina.Untuk rekod, China merupakan pengimport utama daging lembu dari kedua-dua negara tersebut.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menegaskan risiko untuk terkena jangkitan COVID-19 menerusi makanan sejuk beku adalah sangat rendah. Namun China berulang kali memberi amaran mengenai risiko penularan setelah beberapa kali mengesan virus itu pada bungkusan makanan import.

China Dkwa Jumpa Covid-19 Pada Bungkusan Sotong Import

Umum mengetahui wabak COVID-19 didakwa telah bermula dari sebuah pasar basah di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.Pelbagai spekulasi yang mengatakan virus ini adalah virus rekaan dari sebuah makmal dan bukannya dari pasar basah tersebut. Namun sehingga kini dkwaan tersebut masih belum dapat disahkan.

Jumpa Covid-19 pada bungkusan sotong import.Terkini, kerajaan China memaklumkan mereka menemui kesan jangkitan COVID-19 pada bungkusan sotong import di wilayah Jilin.Susulan penemuan itu, pejabat pencegahan Changchun COVID-19 mengatakan sotong itu diimport dari Rusia oleh sebuah syarikat di bandar Hunchun sebelum dibawa ke ibu kota wilayah berkenaan.

Penemuan yang dilaporkan pada Ogos lalu telah mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan termasuk Pejabat Kesihatan Bandar Fuyu.Mereka menggesa orang ramai yang membeli dan menjamah sotong yang diimport di kedai borong makanan laut beku Sanjia Deda pada 24 hingga 31 Ogos untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terdekat dan menjalani ujian saringan.

Tangguh import produk sejuk beku selama seminggu hingga sebulan.Jabatan Kastam China pada Jumaat juga memaklumkan akan menangguhkan import dari syarikat itu selama seminggu jika produk makanan sejuk beku itu disahkan dicemari koronavirus.Penangguhan import turut akan ditingkatkan selama sebulan jika produk pembekal diuji positif untuk kali ketiga atau lebih, lapor Astro Awani.Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa tiada bukti COVID-19 boleh tersebar melalui makanan atau pembungkusan.

Dulu Dikenali Sebagai Tempat Asal COVID19. Ini Keadaan Sebuah Kampung Di Wuhan Selepas Wabak COVID19 Tersebut Mula Menular Hebat Di Sana

Sekitar ENAM bulan yang lalu, sebuah kampung Yi Yu di Wuhan ini mengalami ‘lck down’ yang pertama dan paling kett di dunia.Namun ketika cuti sempena ‘Golden Week’ di China pada awal Oktober, jalan-jalan di Wuhan, iaitu kota asal penyebaran virus Covid-19, dilihat penuh dengan pelancong tempatan.

Kata seorang penduduk tempatan dikenali Yi, ketika keluar rumah, dia melihat banyak orang di jalan. Ramai orang beratur di depan gerai makanan beberapa hari yang lalu dan yakin kebanyakan mereka adalah pelancong. Menurut Tribunes.com, Biro Pelancongan Wuhan turut mengesahkan perkara itu melalui data rasminya, Wuhan menerima lebih 18 juta pelancong semasa ‘Golden Week’ dari 1 hingga 8 Oktober lalu.

Profesor dan pakar kesihatan dari Monash University di Melbourne, Australia, Hui Yang, berkata China telah menangani pergerakan sejumlah besar rakyatnya dengan betul.“Pendekatan masyarakatnya sangat kett dan aktif. Pergerakan ratusan juta orang di dalam negara dilengkapi dengan langkah-langkah perlindungan,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa memantau secara dekat kontak rapat kes yang disahkan, dan mengkategorikan kawasan berdasarkan tahap risiko melalui alat pengesanan kontak.Bekas diplomat China, Han Yang, yang kini tinggal di Sydney, mengatakan bahawa China agak berjaya mengawal wabak itu berbanding dengan banyak negara barat, sebahagian besarnya kerana sistem politiknya.“

China adalah negara yang mempunyai sistem autokratik, sekiranya kerajaan mengutamakan sesuatu, seluruh negara akan bergerak bersama di bawah perintahnya.“Mobilisasi ini tidak wujud di negara-negara barat terutama di negara-negara persekutuan seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Dikatakan Virus COVID19 Adalah Buatan Manusia Dan Berasal Daripada Sebuah Makmal Di Wuhan.Ini Kenyataan Lanjut Dari Dr Li Meng Yang Susulan Bukti Tersebut

Seorang pakar virus dari China, Dr Li Meng Yan mendkwa mempunyai bukti saintifik bahawa virus COVID-19 adalah buatan manusia dan berasal daripada sebuah makmal di Wuhan. Menurut New York Post, pakar virus yang bersembunyi demi keselamatannya itu muncul semula dalam satu program terbitan Britain, “Loose Women”.

Ketika ditanya mengenai virus yang telah membunuh hampir 1 juta penduduk dunia, Meng Yan melalui panggilan video daripada sebuah lokasi rahsia membalas,“Ia datang daripada makmal di Wuhan yang dikawal kerajaan.”Dkwanya, laporan virus itu berasal daripada pasar awam di Wuhan, China hanyalah sebagai satu penyelindungan.

“Perkata pertama ialah, pasar daging di Wuhan.. Ia hanya untuk mengaburi mata dan virus itu bukan semula jadi,” dakwanya.Beliau dilaporkan mendkwa menjadi antara saintis terawal mengkaji tentang virus COVID-19 sebelum ini.Pernah berkhidmat di Hong Kong School of Public Health yang menjadi salah satu rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita itu mendakwa bekas penyelianya di sana telah mengarahkan beliau agar berdiam diri ketika beliau memberi amaran mengenai jangkitan dari manusia ke manusia pada Disember tahun lepas.

Meng Yan dilaporkan melarikan diri ke Amerika melalui Hong Kong pada April lalu.Lapor New York Post, wanita itu mendkwa bakal mendedahkan bukti saintifik bahawa virus itu dicipta di dalam makmal di Wuhan.“Saya tahu jika saya tidak mendedahkan kebenaran kepada dunia, saya akan menyesal,” katanya.

Sebelum ini, pengarah Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menafikan virus tersebut berasal daripada fasiliti miliknya.“Tidak mungkin virus ini datang dari kami,” katanya kepada media pada April.Sumber: New York Post



Loading...
loading...


Virus Ini Mungkin Akan Kekal Buat Selama Lamanya. Pakar Mengatakan Virus Ini Akan Kekal Lama Atas Satu Sebab Ini Dan Harap Semua Sedia

Hampir 9 bulan kita telah menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu sejak penularan wabak COVID-19 yang bermula pada Disember 2019. Sejak dari itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya dalam membendung wabak ini daripada terus menular.

Antaranya menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan selama 5 fasa sejak 18 Mac yang lalu dan dijangka akan berakhir pada 31 Ogos ini.Walaupun negara masih mencatatkan kes baharu setiap hari, namun jumlah pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital juga menunjukkan jumlah yang memberangsangkan.


Namun begitu, apabila melihat dari sudut penularan jangkitan dunia pula, apa yang berlaku adalah sebaliknya.Oleh itu, seorang pakar dan bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport berpendapat bahawa COVID-19 mungkin akan kekal selama-lamanya hampir sama dengan virus influenza yang lain. 

Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala” Bimbang dengan penularan wabak di Eropah – Walport. Beliau turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khususnya di United Kingdom.

Beliau mendkwa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus itu, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan. Walaupun terdapat beberapa negara yang berjaya mengawal penularan wabak ini, namun tidak mustahil ianya akan kembali merebak jika tiada pengawalan dan cara rawatan yang sesuai untuk mencegah COVID-19 ini, lapor Astro Awani.-awani

Pakar Dari Itali Berpendapat Virus Covid19 Semakin Lemah Dan Tak Perlukan Vaksin. Ini Keterangan Lanjut Dari Pakar Tersebut

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes pemergian.

Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”

Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah

COVID-19: Indonesia terima vaksin dari China mulai November

JAKARTA: Indonesia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 daripada China bermula November ini berikutan persetujuan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech (Sinovac) membekalkan 50 juta dos vaksin kepada negara itu.

Bekalan vaksin CoronaVac itu akan tiba secara berperingkat mulai November ini hingga Mac tahun depan dengan anggaran 10 juta dos vaksin dibekalkan setiap bulanKetika ini negara-negara dia Asia Tenggara berusaha mendapatkan bekalan ketika kes jangkitan semakin meningkat.

Dalam lawatan ke China, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata perjanjian awal sudah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal dengan syarikat milik kerajaan, Bio Farma diberi akses keutamaan hingga akhir 2021.

“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” katanya pada Khamis menerusi video.Bio Farma dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bekalan 50 juta vaksin secara pukal akan tiba secara berperingkat iaitu 10 juta setiap bulan mulai November ini.

Indonesia berusaha mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya selain mencari jalan membangunkannya sendiri di tengah keprihatinan beberapa negara sedang membangun yang berdepan persaingan mendapatkan akses kepada bekalan itu.

Indonesia melaporkan 2,197 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kes kumulatif 149,408.Data kementerian kesihatan menunjukkan 82 pemergian baharu, dengan jumlah keseluruhan 6,500 pemergian setakat ini, sekali gus tertinggi di Asia Tenggara.

Ujian fasa ketiga vaksin CoronaVac bermula minggu lalu di Indonesia membabitkan 1,620 sukarelawan.Bio Farma terbabit dalam membangunkan vaksin dan menyatakan Indonesia seharusnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir 2020. Agensi

Penyelidik Singapura temui varian baharu COVID-19

SINGAPURA: Kumpulan penyelidik di Singapura berjaya menemui varian atau jenis baharu COVID-19 yang mengakibatkan jangkitan kurang serius, menurut laporan jurnal perubatan The Lancet.Mereka mendapati pesakit yang dijangkiti dengan varian itu memberi tindak balas lebih baik terhadap rawatan berbanding mereka yang dijangkiti virus varian asal.

Kumpulan penyelidik itu, termasuk dari Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS, berkata penemuan itu berpotensi untuk pembangunan vaksin atau kaedah rawatan lebih berkesan bagi pesakit COVID-19.

Mengikut laporan pada Mac lalu, varian sama ditemui pada lapan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Singapura dan virus dengan mutasi pada bahagian dikenali sebagai ORF8 itu sudah wujud sekurang-kurangnya selama empat minggu.

Pakar penyakit berjangkit dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, Prof Madya Hsu Li Yang, berkata mutasi akan terus berlaku terhadap virus COVID-19 selagi penularan masih berlaku.”Namun, keupayaan virus ini untuk merebak dengan lebih mudah, menjadi lebih atau kurang berbahaya, jarang berlaku,” katanya.

Sekumpulan pakar juga mendapati mutasi virus itu berlaku secara berterusan dan ia menjadi rutin atau proses semula jadi kehidupan virus.Walaupun proses mutasi boleh menyebabkan virus menjadi lebih ganas atau sebaliknya, perubahan yang berlaku lazimnya tidak ketara. – AGENSI


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post